;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Apr-2006 10:26 Email | Share | Bookmark
Colorful Ghee Rice [Nasi Minyak WarnaWarni]

 
Kerutub Ayam
Acar Rampai

Sempena dengan perkahwinan Luna dan Mauricio semalam kak liza pun membuat kenduri kat rumah dengan memasak Nasi Minyak Warna Warni dengan setnya iaitu Ayam kerutub dan Acar Rampai [mentah]..
Janganlah terperanjat pulak...
Luna dan Mauricio tu bukanlah keluarga atau kawan2 kakliza..
ia adalah watak dallam Telenovela yang kakliza ikuti setiap hari Isnin sehingga Jumaat jam 3.30 sehingga 4.30pm di TV3..
kira addicted laaa ni...




NASI MINYAK WARNA WARNI

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]

Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.


Quote:
jemster ~ TQ so much for teh compliment abaout TAG tu..errr..lagu tu tu tak komen ker...

genny ~ sungguh kebetulan..memang kakliza nak buat Kek Coklat Kukus tapi kali ni kakliza buatkan dalam muffins ebab as trial for my sister..
~ aceli ada algi resepi Kek Coklat Kukus di sini.. U just tenguk link..

MamaFaMi ~ aceli ni kakliza nak buat Sherperd Pie tu tapi angin M besar melanda..so tu yg makan ngan roti wholemel Gardenia jer..

mummy hamim2 ~ bukan kata roti naan..roti galic kr..naan cheese ker..naan butter ker..kira semua jadiklah..janji perut kenyang..
~ kak liza biasanya buat pizza dengan masakan ni..
~ pernah juga buat roti jalan gulung menggunakan inti ni..sedapppp





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net