Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Apr-2006 12:04 Email | Share | Bookmark
Kerutub Ayam dan Acar Rampai

Bila dah tuliskan resepi nasi..tentu nakkan resepi lauk pauk san sayuran yg perlu di makan bersama.
so kakliza tuliskan disini...




KERUTUB AYAM

Bahan

1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.





ACAR RAMPAI

Bahan

1/4 biji kobis bulat
1 batang timun kecil
1 batang carot kecil
5 biji cili merah dan hijau
1 labu bawang besar
1 s/b air kapur
3 s/b cuka
gula
garam

Cara
1. Semua sayuran dihiris halus.
2. Rendamkan dengan air kapur sehingga sayuran tenggelam selama 30 minit [untuk menjadikan sayur rapuh/rangup]
3. Bancuhkan cuka, gula dan garam.
4. Toskan sayur sehingga betul2 kering air kapur tadi.
5. Gaulkan sayuran dengan cuka, gula dan garam.
6. Hidangkan dengan nasi minyak warna warni



Quote:
MamaFaMi ~ gitulah hebatnya pukulan citer telenovela tuuuu..
tapi masa itu jerlah yg kakliza dapat rehat sikit..lain waktu macam lipas kudung uuuu..
rossya ~ alahai sorilah..kakliza tak amik tempahan laaa..masak untuk suka2 jer bagi makan anak2..

jemster ~ hehehhe..nampaknya kali ni boleh cuba buat kek ni la pulak...

aZeeMaH ~ eh..kan ker resepi kek keju kopi ni jenis sejuk [chilled] bukan bakar..
~ ker silap baca kot...

rossya ~ kak liza pun makan ngan asben jer..
anak2 tak makan peti tu.. so kena jugak masakkan lauk lain kat depa..

ayusafura ~ kesiannya kat ayu..
kalau dekat ngan kak liza..boleh aje kakliza tolong masakkan..





Oooooh kerutup. Nampak simple eh recipe ni. Kang bila bila cuti bulih try Sat 29-Apr-2006 09:37
Posted by:maR  - [Link]
Sedapnyer kakliza, semua cukup set... nak cuba nasi warna warni tu mesti sedap.
anak2 n suami saya memang suka masakan n kuih tradisional,makanan sini.. tak berapa sangat...
Sat 29-Apr-2006 09:59
Posted by:aureanayz  - [Link]
Nampak mudah dan sedap nih...hmmm masuk list panjang KIV ni.... Sat 29-Apr-2006 12:09
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
semua sedap..
huah,.....
sedap..
seres leleh dah air liur nih..
Sun 30-Apr-2006 15:49
Posted by:baruang  - [Link]
waa..bleh try resepi lauk ni hari ni Dah boring asik dok pusing2 lauk yg sama je <kari*kurma*masak merah*masak kicap> hihi...best best! Mon 1-May-2006 03:25
Posted by:zack  - [Link]
masak kerutup ni mesti best.. nak try la nanti..
spesel request: kak liza masak le kuzi plak.. saya suka kuzi nih
Tue 2-May-2006 03:32
Posted by:kakyong  - [Link]
akak, tanya sket, bahan kisar tu termasuk sekali ngan bawang goreng ke? atau akak salah tulis?

*dah cuba dah.. memang sedap.. pertama kali hidang kat bakal mak mentua gerenti terus jadi kesayangan.. hehehe..
Thu 12-Oct-2006 05:22
Posted by:salmonella
Kak Liza,
Selalu sgt tgk akak punyer fp ni.Memang pembantu masakan sy yang no 1.Selama ni tak pernah nak tulis komen tp hari ni tergerak sgt nak tulis.Macam2 resipi kak liza sy dah cuba. Semuanya memang sedap2.Husband pun dah puji pandai masak sikit.yerlah dulu sebelum kawin tak reti langsung.Arini nak cuba kerutub kak liza ni lak.aritu dah try rendang.Terima kasih banyak-banyak.Kawan-kawan pun suka fp ni.

Untuk koleksi pakaian bayi dan kanak-kanak sila lawati http://picasaweb.google.com/Fazlida8479/ITKidsware
Fri 25-May-2007 07:54
Posted by:Fazlida fazlida@yahoo.com  - [Link]
marvelessss


jgn lupa singgah
http://onlinebiz.fotopages.com
http://violetvenus.fotopages.com
Mon 28-May-2007 15:25
Posted by:siti violetvenus_2000@yahoo.com  - [Link]
Kak Liza,

Sya dah buat semalam ayam kerutb ni.Sedap..siap bawak gi jumpa mertua ngan kakak ipar lg.Diorang pun kata sedap tp sy dah tersilap buat sikit.Terletak banyak air so dia tak jd cam dalam gamabr tu, jd cam kurma lak.Hehehe...takper, percubaan kedua nanti tahulah.

Koleksi pakaian kanak-kanak di http://itkidsware.fotopages.com
Tue 29-May-2007 02:56
Posted by:Fazlida fazlida@yahoo.com  - [Link]
Kak liza, hari ni sue puasa terliur pulak tgk hidangan masakan ni. Tapi ada kemusykilan sikit rempah kari campur rempah kurma. Kalau sue guna rempah kerutub boleh tak? lagi satu kat resepi tu tulis bawang goreng dikisar atau cabai kering? bukan apa takut tersilap taip ker. Teringin nak cuba masakan kegemaran husband ni....tapi tak pernah masak. Mon 6-Aug-2007 08:39
Posted by:suhana suhanaj@mara.gov.my
Akak, kalo nak buat daging kerutub, resepi sama ke? kalo pakai rempah daging@ayam, boleh ke tak?
Mon 13-Aug-2007 06:17
Posted by:miah casandra_20062000@yahoo.com
masakan ni mmg da familiar dgn kuarge saye.huhu...mmg sodap. Thu 15-May-2008 13:10
Posted by:fizza kim_junsuyuki@yahoo.com
Hi Kak Liza, Saya fan you. Baru saja jumpa link ini. Dan sudah try ikan masak kicap tu. Sedap! Ada dalam blog saya. Nak tanya kak liza, kerutub ayam ni tak ada cili ke? Nampak macam pedas tapi tak ada cili dlm resipi pun. Kalau anak umur 2.5 tahun makan boleh tak? Sorry ya BM saya tak begitu baik. Mon 4-Aug-2008 10:38
Posted by:ping pingmouse@hotmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.