;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Apr-2006 20:51 Email | Share | Bookmark
Steam Chocolate Muffin [Muffin Coklat Kukus]

semalam adik kak liza minta kak liza buat trial kek coklat kukus yg boleh dibuatkan muffin..
ini kerana dia ada nak buat tempahan makan untuk 60 orang..
dia perlukan "vegetarian Cake"..so kakliza syurkan buat kek ini...
memang senang dan mudah bahannya..
masayg perlu untuk membancuh hanya dalam 15 minit dan mengukus selama 20 minit..
kakliza rasa kek ni boleh di bakar..nanti kak liza nak cuba..
kalau buat masa ni nanti jemu pulak tukang rasa kat umah kak liza...




MUFFIN COKLAT KUKUS

Bahan A

2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara.
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
2. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
4. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
5. Angkat dan hidangkan
.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net