;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-May-2006 13:49 Email | Share | Bookmark
Mee Goreng

 
harini kakliza membawa Mohd Azlan [anak sulong kakliza] untuk berjumpa pakat tulang di Hospital Kemaman untuk pemeriksaanlanjut mengenai tulang pehanya yg patah due to accident di Kl pada 26 Januari 2006 lalu..
Alhamdulillah dari gambar X-ray yg diambil telah menunjukkan banyak perkembangan positif..
Betapa seronok Azlan dan juga kakliza..tak dapat digambarkan ..
ini adlah kerna pada 30 Mei 2006 ni Azlan akan menghadiri majlis konvokesyennya..
hajatnya adalah suapaya naik pentas tu tanpa tongkat..
InsyaAllah..
Menurut doktor..Azlan perlu melatihkan diri berjalan dengan hanya 1 tongkat saja berbanding selama ini dia menggunakan 2 tongkat..
apa pun kak liza bersyukur kerna ujian yg diberikan hanyalah sekelumit berbanding dengan ujian orang lain..

bila balik dari Kemaman yg sejauh 39km dari rumah..
terasa penat kerana kakliza drive dan agak penat dengan kerja lain..
so for the lunch..masing2 tak mahu makan nasi..nak makan mee goreng saja..





MEE GORENG

Bahan-Bahan:

500 gm mi kuning
100 gm stong
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm kobis (dipotong)
250 gm sawi (dipotong)
2 s/b cili mesin
2 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
1 cawan air stok tulang ayam
minyak
garam

bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

cara
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk & cili mesin hingga garing.
2. Masukkan isi ayam dan udang. Masukkan air stok dan kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan mee, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis.
4. Bila nampak dah mendideh lagi kacau rata dan tutup api. [Jangan biarkan lama2 nanti mee kembang..tak sedap.]
5. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net