;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-May-2006 13:12 Email | Share | Bookmark
Ikan Bakar Buduuuuu...

Ikan Bakar
Buduuuu
Goreng terung
Air Asam


IKAN BAKAR

Bahan

3 ekor ikan selar/kembung
sedikit garam
kunyit

Cara
1. Sapukan garam dan kunyit pada ikan.
2. Bakar atas pemangang sehingga garing.
3. Hidangkan bersama budu atau air asam.




BUDU

bahan

budu
ciliapi hiris
cili merah hiris
bawang merah hiris
air limau kasturi

Cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.



AIR ASAM

Bahan A

Asam jawa [sebesar telur ayam
(direndam ? cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Liamau dibelah, buangkan biji dan mayangkang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan






TERUNG GORENG

Bahan

3 biji terung
1 labu bawang besar [mayang]
3 biji cili merah
garam
kunyit
minyak

Cara
1. Terung dibpotong kecil dan belah tengh.
2. Sapukan garam dan kunyit pada terung.
3. Gorengkn terung saperti goreng ikan. Bila agaraning angkat dan masukkan dalam pinggan.
4. Simpan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja dalam kuali.
5. Tumiskan bawang dan cili sehingga layu.
6. Angkat baeang dan cili dan taburkan atas terung.
7. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net