;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-May-2006 10:59 Email | Share | Bookmark
Bawang Goreng...

 
Kebiasaannya orang agak malas nak buat bawang goreng.. termasuklah kakliza..
tetapi bila beli bawang goreng yg ada dipasaran..rasanya kurang menyengat..
kakliza cuba buat sendiri dan hasilnya ..alhamdulillah..
kalau 500 gm tu hanya tahan seminggu jer..
mana tidaknya masak mee ..bihun goreng..sup2 termasuk sayur goreng pun tabur bawang goreng..
kkdg tu anak kkliza siap meratah..macm makan kerepek pulak...




BAWANG GORENG

Bahan.

500 gm Bawang merah
500 minyak masak
pisau kecil yg tajam [wajib]
kertas kitchen towel gulong

Cara
1. Bawang direndamkan dengan air supaya senang kupas kulit.
2. Basuh dan toskan bawang.
3. Hiriskan nipis [senipis yg boleh] dengan pisau yg tajam.
4. Panaskan minyak [banyak] dan masukkan bawang dan kacau supaya bawang tu bercerai2.
5. Bila nampak kuning kemeemasan tutup api dan angkat dengan penapis.
6. Taburkan bawang atas kertas kitchen towel supaya bawang berderai dan cantik. Jika tidak dia akan berbuku2.
7. Bila dah sejuk masukkan dalam balang kaca atau pack dalam pelastik kecil supaya tidak cepat lemau.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net