Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-May-2006 20:50 Email | Share | Bookmark
Ayam Goreng Tomyam

 
Baru-baru ni kakliza beli chicken fillet [isi ayam]..
kononya nak buat chicken chop bila anak dara kakliza balik umah tapi dia tundakan kepulangannya..
so kakliza pun buat masakan ni...
selepas cuba merasa masakan ni..kakliza rasa sedap kerana ada masam dan pedas...




AYAM GORENG TOMYAM

Bahan

300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
4. Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.


PES TOMYAM

Bahan-bahan

15 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 batang serai [hiriskan]
2 cm lengkuas
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Mesinkan semua bahan sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Tumiskan hingga naik bau.
3. Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. Kacau rata.
4. Masakkan sehingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.






sedapnyer kakliza.........fav sye dah la tomyam........tgok msakan ni rse terliur sgt.......... Thu 11-May-2006 03:22
Posted by:nana  - [Link]
setiap kali datang sini mesti terliurnya...
p/s:kak liza kita ada cuba mee paprik for the first time..aduhai sedapnya...namun bahan2 masih tak cukup pun tgk yg mana ada dlm peti...ada entry khas utk akak lagi.
Thu 11-May-2006 06:29
Posted by:chendana  - [Link]
Seronoknya Kak Liza ajar buat paste tomyam....kotlah nanti kalau kiub tomyam dah habis...boleh la buat sendiri....Terima kasih Kak Liza....muaahhh.... Thu 11-May-2006 18:55
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Wed 7-Mar-2007 01:14
Posted by:JAGEN RAJ jgen130@yahoo.com
YOUR COOK IS VERY GOOD Wed 7-Mar-2007 01:15
Posted by:JAGEN RAJ jgen130@yahoo.com
nampak cam sodap jer.................bulan posa nih......semua sodap aih Fri 21-Sep-2007 07:32
Posted by:kas
thanks kak liza.. Thu 24-Jan-2008 11:19
Posted by:Eja
mmg sedap resepi ni.. dah try buat td.. tp berkuah sket sbb anak teruna suka kuah tomyam.. Mon 7-Apr-2008 09:53
Posted by:nad  - [Link]
sedapnya masakan goreng tomyam
Thu 25-Sep-2008 04:35
Posted by:umairah zura.megot@yahoo.com
Pelbagai Fesyen Baju Terkini dan Murah di ---> http://nurracollections.blogspot.com & http://www.nurracollection.tk Wed 18-Mar-2009 10:13
Posted by:Nurra
Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.

oleh itu disini ada ubat nya sila klik website dibawah ini
http://www.bio-asli.com/?id=lizapetra2

Tue 12-May-2009 15:58
Posted by:liza lizajasmin@ymail.com  - [Link]
sedapnye ayam gorengb tomyamtambah lagfi bulan pose.semua terliurne.rse masam-masam pembuke selera Wed 9-Sep-2009 07:18
Posted by:miza jomi1703@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.