;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-May-2006 21:05 Email | Share | Bookmark
Goreng Sardin

 
Kak liza tahu ramai yg dah pandai masak sardin ni..
tapi sajalah kakliza nak tulis masak cara kak liza..
mana lah tahu kot-kot ada yg terbekenan pulak kannnn...terasa nak mencuba

Goreng sardin ni mmg kesukaan anak2 kecik kakliza sebab tak pedas..
lebihan nya pulak nanti kakliza akan buatkan sandwich..samada sandwich toasted or biasa jer..
boleh buat breakfast anak p sekolah..tapi depa bukan makan kat sekolah..makan dalam kereta..
sambil tu nanti anak2 akan suapkan ayahnya..
sib baik kak liza tak der dalam kereta..kalau tak kakliza lah kena suapkan me darling tu ..
alasan asben kak liza..jimat masa..eating while driving...
kalau nak ikut ada org kata bahaya..tapi kalau makan disuap..agak-agak bahaya tak?
maka disinilah timbul kemesraan antara keluarga..
kekadang tu siap makan nasi ayam dan supnya lagi.. kelakonya sup disedut via straw...




GORENG SARDIN

Bahan

1 tin besar sardin [cap ayam]
3 s/b cili sos
2 biji buah tomato [ belah 4]
3 biji limau kasturi [ambil jusnya]
minyak
garam

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 sm halia

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan sardin dan sos cili. Kacau rata.
3. Masukkan buah tomato dan kacau rata. Biarkan naik minyak.
4. Tutup api dan masukkan jus limau.
5. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net