;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Jun-2006 16:54 Email | Share | Bookmark
AYAM SAMBAL KICAP

Ayam Sambal Kicap
AYAM SAMBAL KICAP

Bahan

500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangidan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan.




Quote:
MamaFaMi ~~ mmg sedap..kakliza dah jemu makan ayam rendang..ayam kari..ayam bersantan2 ni..so buat aje sambal..tapi biasalah kicap tambah selera...

chees ~~ kalau dah jumpa..harap-harap sudi mencuba masak..

aureanayz ~~ jomlah kit abuat cepat-cepat...

jaja fizaja87@yahoo.com ~~ kakliza ada tuliskan kat tepi kiri link tu.. tenguk tajuk Daging Masak Merah..selamat berjaya..

rossya ~~ mmg senang..kalau x percaya..buat sekali..mmg nak lagi...

mummy jam ~~ daun kari ada bau mamak..
kalau daun limau purut..wangi..buang hamis..

Yan ~~ sebelum leleh air liur..jom kita masak...

nn ~~ kakliza suka syurkan buat puding marble..atau puding laici..atau puding nenas bertopi..
semuanya ada kat link masakan kat tepi..







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net