;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Jun-2006 01:02 Email | Share | Bookmark
Peria Lada Hitam

 
PERIA LADA HITAM

Bahan

1 biji sayur peria
2 biji telur
minyak
garam

Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Peria dibelah 2 dan buangkan biji. Hiris anggaran 1 cm tebal dan rendamkan dengan air garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Toskan peria dan masukkan dalam kuali. Kacau rata.
4. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau rata. Biarkan sekejap.
5. Kacau masakan dan masukkan garam.
6. Hidangkan.




Quote:
1. MamaFaMi ~~ mmg sedappp weiii tapi taklah pahit bebenor....just rendamkan peria tu dalam air garam kejap..rasanya taklah pahit sangat..kalau dalam pantang..mmg kkliza makan sayur nilah selalu..
2. aureanayz ~~ memang betui tu..kalau makan ngan nasi panas..ada ikan goreng pun cukup dah..
3. Roslina ~~ kakliza pernah fry peria yg kecil tu..buh garam dan kunyit..dan goreng macam goreng ikan tu..
4. leen mf_leen@yahoo.com ~~ mmg betui..kan kakliza dah tulis..rendamkan peria ngan air garam sebentar..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net