as request kkliza tuliskan resepi steambot yg kkliza buat minggu lalu..
Kk liza buat steambot gunakan stok tomyam sebab ada rasa pedas2 dan masam....tak muak sangat..
TOMYAM
Bahan 2 ekor kerangka ayam [potong kecil]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)
Cara membuat 1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.
2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.
SOS CILI
Bahan Mesin 10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick
Bahan Tumis minyak
gula
garam
Cara 1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.
2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam.
3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.
saya pernah buat puding triffles (resepi kak liza) banyak kali,sedap & dah jadi kegemaran hubby.terbaru try ayam bakar,rasa rempahnya sedap tapi sebab bakar guna oven 200 degree, dah nak hangit..ada cara lain tak kak liza
kak liza, kwn saya ajar saya cara senang nak buat sup utk steamboat. Tulang ayam dgn isi ayam sikit rebus dgn halia sikit dan bbp daun kobis cina yg pjg-pjg tu (bukan kobis bulat). Rasa sup dia lain sikit...then, bila dah campur dgn seafood, lagi manis sup tu
Saya baru nak tryla resepi akak, tapi dah ada yg mencuba katanya sdap.. saya pn x tahan tgk resepi akak ni.. Terliur gitu... Pelbagaikan resepi lagi ye k.liza..
Salam.. akak boleh saya dapatkan resepi sate dan kuah kacang..
Sun 29-Mar-2009 05:02 Posted by:najib najib_suk@yahoo.com
Hi Kak Liza, bersyukur dapat bertemu di alam maya. Saya telah mencuba resepi tart gulung kak liza.... ternyata hasilnya amat mengagumkan.....keluarga saya memuji tart nenas saya dan bertanya mana saya dapat resepi....terima kasih sekali lagi pada kak liza kerana mu kami yg dapur baru berasap dapat mencuba resepi ini.
Sun 19-Jul-2009 01:36 Posted by:ALINA elyna_ome@hotmail.com
Hi Kak Liza, bersyukur dapat bertemu di alam maya. Saya telah mencuba resepi tart gulung kak liza.... ternyata hasilnya amat mengagumkan.....keluarga saya memuji tart nenas saya dan bertanya mana saya dapat resepi....terima kasih sekali lagi pada kak liza kerana mu kami yg dapur baru berasap dapat mencuba resepi ini.
Sun 19-Jul-2009 01:36 Posted by:ALINA elyna_ome@hotmail.com