;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Jul-2006 08:00 Email | Share | Bookmark
Kueh Talam Carrot

semalam kkliza buat ..



KUEH TALAM CARROT

Bahan

300 gm carrot
200 tepung beras
40 gm tepung jagung
950 gm santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sekejap sehingga naik wap dengan api perlahan.
2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yg telah dilapikkan pelastik 10 x 10 inci juga.
3. Kukuskan selama 25 - 30 minit.
4. Sejukkan dan taburkan bahan berlauk dan potong.
5. Hidangkan.

Bahan Berlauk
400 gm daging kisar ramly
2 labu bawang cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 batang carrot [kecil] [parutkan]
1 s/b rempah kurma
1 s/b rempah kari
daun sup & daun bawang [racik halus]
cili merah [cincang halus]
bawang goreng
minyak
garam

Cara
1. Basuhkan daging kisar sambil ramaskan dalam tapisan santan. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang mbesar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan sehingga daging agak ekring dan naik minyak.
4. Masukkan rempah akri dan rempah kurma dan kacau rata.
5. Masukkan carrot parut dan kacau rata. Masukkan garam.
6. Bila telah masak boleh tutup api dan taburan cili merah, daun bawang & daun sup yg telah dicincang.
7. Taburkan inti dan bawang goreng atas kueh talam carrot yg telah sejuk dan potongkan.
8. Hidangkan.


Quote:

adekmanja ~~ alhamdulillah..mmgnampak menyerelakan.sampai ada yg merajuk sayang bila tenguk dah abis dalam pinggan..
MamaFaMi ~~ mmg sedap...kakliza bawak p test market kat surau..abis licin..siap buat pesanan untuk kelas akan datang..
elise ~~ kalau duduk dekat kakliza mmg kkliza bagi banyakkkkkk..bukan sket tauu...
Danish's Mum ~~ masih belum terror lagi..kak liza dapat idea bila kak liza rasakan carrot is more sesuai bila digandingkan dengan topping berlauk compare dengan topping manis saperti talam jagung or talam kacang merah/hijau tu..
zack ~~ aceli kueh ni lebih mirip pada talam keladi berlauk..tapi kkliza tukarkan keladi pada carrot..it's more sedapppp..
me myself ~~ waalaikumusalam..kalau datang ke Kerteh..boleh singgah umah kkliza tapi kena inform awai2..baru boleh rasa..sebb kkdg tu kkliza hangin MALAS..main masak campak2 jugak...
zura zura_siam@yahoo.com ~~ hai zura..anak2 ni kkdg tu cerewet juga..dah jemu agaknya..InsyaAllah kkliza akan tepek lagi banyak menu dan masakan buat panduan adik2 sekelian..
azura azura@xybase.com ~~ Tahniah buat azura kerana berjaya membuat muffin sehingga mertua seronok...tapi kkliza x der kek santan pandan tu..mahap la yer..jamu jer dia ngan talam carrot ni..sedappp jugak..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net