Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Jul-2006 15:17 Email | Share | Bookmark
SUP TULANG ala-ala mamak

tulang mentah
sup tulang


SUP TULANG ala MAMAK

Bahan-bahan

1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam


bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.



Quote:
MamaFaMi ~~ buat sup ni senang..tak payah nak tunggu depan periuk..buh benda2 dan tinggalkan jer..jomlah buat..
harleena ~~ Try jangan tak try.. nanti termimpi-mimpi pulak..
adekmanja ~~ masa demam lah sedap makan sup2..tomyam ker...
Zaza mawar_zaza@yahoo.com ~~ mmg ssdap kalau makan sup ngan kuah kicap pedas/ciliapi tu.. perah sikit asam limau..mmg terangkat abisss..
mummy jam ~~ kakliza suka sup tak ebrapa pedas..baru sruuuppp..srrruppp dok hirup..







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net