;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Jul-2006 23:44 Email | Share | Bookmark
Tapai Pulut



TAPAI PULUT

bahan

1 kilo beras pulut [basuh dan toskan]
1 biji ragi [besar duit 50 sen] - [hancurkan dan ayakkan]
daun pisang atau daun getah atau daun jambu laut[hanya ada kat terengganu kot]
lidi untuk sepitkan daun
500 ml air untuk renjis/siramkan pada pulut

cara:
1. Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukuskan pulut sehingga naik wap.
2. Keluarkan pulut dan siramkan ngan air dan gaulkan rata.
3. Kemudian kukus semula sehingga naik wap lagi.
4. Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam [dulang] dan selerakkan pulut.
5. Biarkan pulut betul-betul sejuk [dalam 2 - 3 jam] dalam suhu bilik.
6. Taburkan rata2 ragi yg telah diayakkan tadi.
7. Gaulkan rata dan biarkan sebentar.
8. Bersihkan dan lapkan daun.
9. Kepalkan pulut sebesar bebola ikan dan masukkan dalam daun.
10. Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
11. Simpan bekas tu selama 24 jam baru lah dimakan.

NOTA: Sekiranya susah nak dapatkan daun..boleh juga kepalkan pulut tu dan susunkan berselangseli dalam bekas kaca. Tutupkan dan simpan selama 24 jam juga.



Quote:
1. adekmanja ~~ rasanya prosesnya sama jugaklaaa..tapi sorila.kakliza x pernah buat la..sebab keluarga kurang suka...
2. mummy jam ~~ kkdg tu mmg macam tu..nakmula rasa tu kalau tak kena gaya mmg tak lalu..tapi cubalah rasa sikit dulu...sedap...
3. MamaFaMi ~~ orait..nanti balik Mesia..boleh buat dan amakn puas2 or even jual pun....
4. aza ~~ makan sejuk2 ngan aiskerim dan agar-agar..mak kakliza mgm suka sangat...tapi airnya kakliza x berani minum lagi..rasa manis giler...
5. gee ~~ hehhehe..
6. aureanayz ~~ mmg sedap..
7. SallySalina salma@elid.com -~~ camner nak aksi yer..bukan boleh pos..abislah semut pun makan sama...
8. baba gila thefranklin_98@yahoo.com ~~ setahu kakliza ragi kat sini [pantai timur] takder jenama khas..dan mmg tak gunakan gula untuk buat tapai ni...manis asli...
9. kojeck kojeckzzz@gmail.com ~~ TQ for the petua tu..tapi kak liza rasa semua masakan hendaklah ikhlas dan masak dengan hati yg bersih akan menjadikan makanan tu berkat...bab haid tu entah laa...ada orang buat masa haid tapi hasilnya ok jer..n bab [2] tu kakliza rasa macam tak benar jer sebab tapai tak masa kerana ragi digaulkan tak serata.....hanya pandangan kakliza yg kurang arif dalam hal2 ilmu penawar ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net