;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Jul-2006 07:23 Email | Share | Bookmark
NASI LEMAK




NASI LEMAK

bahan2

1 kg beras AAA [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan

250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala dan rendamkan sebentar]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sket belacan ]
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.



Quote:

MamaFaMi ~~ cukup ker 4 bungkus saja..aritu pesan 8 bungkus..
Zaza mawar_zaza@yahoo.com ~~ kakliza x masukkan bawang putih supaya tak rasa/bau abawang putih..mmg simple tapi kena amsak agak lama supaya sambalnya betui2 terasa kesedapannya...
gee ~~ TQ for sudi mencuba nasi lemak kakliza..so lepas ni order jer nasi lemak ari hb gee.. Bestnya....
misniaa| ~~ mmg ada tapi kkliza x pernah buat..so x tahu camner rasanya...
MekJa ~~ kalau x der belacan..cuba mesinkan ikan bilis dengan cili ..masak tu biar lama sampai naik minya..tapi kalaua da lebih minyak..masa serving tu ceduk asingkan sikit...lenkali boleh gunakan minyak tu untuk tumis sambal atau masak asam pedas atau goreng nasi...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net