;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 23-Jul-2006 07:10 Email | Share | Bookmark
PIZZA DAGING


Pizza [belum dibakar]


Pizza Daging ..sedia untuk dimakan

PIZZA

Bahan A

500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air


cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan

400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...


emmm..sedapnya...


Quote:

me myself ~~ kkdg tu hangn rajin masak..tapi penat nak report..tu sebab kkdg tu sekali tulis..waaaahh berderet resepinya..
zaleha ~~ tak kan kasi nama jer..mana komennya...
muza ~~ setakat ini..mmg anak2 dan kawan yg dah rasa memberikan komen yg positif..
muza ~~ ada banyak lagi fotopages yg ada resepi..kira dah tested..terjamin kesedapannya..cuma kena rajin tinjau2 jer..boleh tenguk link ditepi fp ni..
rosma rosmawati@selia.com.my ~~ kakliza gunakan keju MOZZARELLA.. x tahula brand apa..sebab kkliza beli kat kedai jual bahan kek..dah siap repacking dalam sealed plastik..
elise ~~ jom..jommmmm..ayuh kita bikin pizza sendiri..baru puas hati makannn...
pendandan rambut ~~ mahap cik..pizzanya sudh habis...lain kali saja yaa....
MamaFaMi ~~ mmg berbaloi sekali uli buat banyak base..pastu bila nak makan just panaskan sekejap.. manyak senang lor....
adekmanja ~~ kalau nak special delivery..kenalah special request pulak...
Baru belajar ~~ kakliza gunakan majerin planta atau daisy..shortening pulak selalunya beli yg siap dipacking oleh kedai jual bahan kek ..tapi tak der jenama khas..
Yana ~~ Kak liza selalu peram base pizza tu sehingga naik ..then bakar 10 minit ..keluarkan dan letakkan topping..then bakar semula sehingga keju kelihatan cair..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net