;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Jul-2006 02:11 Email | Share | Bookmark
BUN DAGING



BUN DAGING

Bahan A

500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
50 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Bahan Inti Daging
200 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
3 s/b tomato sos
garam
minyak

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Maukkan inti dalam pinggan dan biarkan sejuk.

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Perapkan sebentar.
5. Ambil doh dan leperkan. Masukkan inti daging dan tutup semula.
6. Perapkan dalam lyang yg telah disapukan minyak sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur.
8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net