Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Jul-2006 19:51 Email | Share | Bookmark
Onde-onde aka Buah Melaka

Anak-anak kakliza cukup suka kueh Onde-onde atau Buah Melaka ni..
kalau blan puasa boleh katakan setiap minggu kakliza buat..
oleh kerana anak no.3 kakliza puasa Sunat Rejab so kak liza pun buatkan dia ..



ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

Kak liza pernah juga buat begini..



Quote:
elin elinatra@yahoo.com ~~ seronok tenguk anak-anak makan sampai abis..so berbaloilah rajin seorang ibu..
MamaFaMi ~~ Betui tu..asalkan kueh tu masak..boleh makan dan sedap..kira dah berjaya la tu...ada apa pada rupa...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net