Want your
own Fotopage?







 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Aug-2006 12:02 Email | Share | Bookmark
Tart Gulung ..Tat Dahlia

nampaknya raya dah nak dekat.. so kakliza tuliskan hasil kerja kakliza yg biasa kakliza buat..

TAT GULUNG

Bahan

60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni..
kalau rasa macam nak cepat jer..
kak liza buat saperti ini..
masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas..
tekan tengah sikit..
pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu..
pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi..
bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak].

cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah orang lain..


tat dahlia sebelum dibakar


tat dahlia setelah dibakar


JEM NENAS

1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]

Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]

Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu..

Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..

kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda..

kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..

so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu..

aduhai panjangnye bab jem ni..

Cara membuat tart gulung


1. Bulatkan jem nenas dan ketepikan dalam pinggan [tujuannya untuk mengelakkan tangan berlengas nanti]


2. Pamkan doh. Terbalikkan bahagian bunga jalur tart itu ke bahagian bawah.


3. Letakkan inti jem yg telah dibulatkan dan gulungkan. Potong bahagian yg berlebihan.


4. Susunkan tat dalam loyang.


5. Sapukan kuning telur. Bakar sehingga kuning keemasan.


6. Siap untuk dihidangkan.



Quote:
muza ~~ mmg sedappppp..sampai terkatup mulut bila makan tat ni..nyummm..nyummm..mesin tu untuk bisneh berbaloi la beli..kalau just buat makan.tak berbaloi laaa...
anna ~~ kakliza suka campurkan majerin kerna tak suka tat yg terlalu gebus..peroi sampaikan nak susun pun dia dah relai/hancus..pastu cepat berbau pulak kalau gunakan butter..
mummy jam ~~ tula..kkdg tu datang hangin M tu...kakliza pun dok diam.. tapi kalau tat dahlia tu mmg sonang banyak laaa...
maR ~~ mudahan maR boleh buat banyak juga tahun ini..
rossya ~~ kueh ni mmg peberet kakliza..setiap tahun sure takleh tinggal..or even bukan raya pun kakliza buat..tapi kkdg maleh nak gulung tu kakliza just buat as tat dahlia tu..sonang kojo den..
Aliz ~~ kalau jadi jiran kakliza..dengn muka tak malu kakliza ajak Aliz tolong buat kueh ni sebab kak liza mmg suka buat kueh raya bila ada kawan tolong..mmg seronok..sedar tak sedar berbalang-balang kueh dapat nanti...boleh ker?..pastu nak banyak pun tak per...bukan kata sikit jer...
harleena ~~ aceli gambar ni kakliza amik masa kakliza p umah adik kakliza baru ni.. pastu asik tangguh nak tulis jer.. bila orang tanya step by step tu apalagi..laju jela kakliza tuliskan..
nanti kakliza tulis biskut raya yg lain pulak..tunggggggggggggggguuu...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net