Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Aug-2006 17:42 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat Basah Rosie Hidayat

 
kali ini kakliza teringin mencuba kek dari WET CHOCOLATE CAKE (ROSIE HIDAYAT)
satelah meneliti resepi itu kakliza memulakan gerakan operasi dan mendapat hasil yg amat gembira walaupun pada mulanya kek ni agak manis bagi kakliza..
oleh itu sebagai toppingnya kakliza menggunakan topping coklat yg biasa kakliza buat..
kakliza juga telah mengeditkan sedikit kandungan gula dalam resepi ini..harap MamaFami dan tuanpunya kek tidak berkecil hati..
oleh kerana kakliza selalu mendapat sabsidi sayur dipasar..kakliza telah memberikan sedikit kek ni pada adik2 disana..
mereka terlalu gembira dan ada yg minta buat tempahan..waduhhhhhh...abislah masa nak bertenet kak liza..
back home ..anak kakliza wondering mana p kek yg dia nampak banyak tadi...
kakakakkaka...n kakliza hv to buat lagi kek for him sebagai ganti....




Kek Coklat Basah

Bahan

180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum ]
50 gm serbuk coklat ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonate ]

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.

Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter

Cara
1. Masukan bahan dlam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kreatibiti sendiri.




Quote:

MamaFaMi ~~ kakliza mmg suka buat mekap kat kek coklat sebab bila nak makan tu nampak cun jer...ayu jelita macam ehem-ehem jer....
azurahakim seymour2008@yahoo.com ~~ kek coklat ni peberet org..so mmg tak lama hayatnya dalam pinggan..sekejpa jer ilang...
rossya ~~ boleh saja cuba.. kakliz apun cuba dari fp MamaFami yg mana MamaFaMi pun cuba dari kawannya...tak gitu Mama...
harleena ~~ bagi kakliza kek coklat kalau tak mekap..nampak kurang berseri laaa..kalau nak tahu sedap atau tidak..makan kek tu masa perut kosong..lagiiiiiiii sedappppppp...
azza ~~ kak liza mmg suka buat kek coklat sebab semua orang suka makan..termasuk jiran2...
mmg teringin nak buat buku masakan tapi belum ada peluang..InsyaAllah satu hari nanti mungkin tercapai juga..
Abah aLesYa ~~ kak liza mmg biasa buat Mee Calong..so dah tuliskan resepi untuk Abah aLesYa..
nabialishad ~~ Cocoa butter tu sejenis lemak yg warna putih untuk mengilatkan cooking coklat..topping coklat tu jadi likat maybe sebab terlebih buh susu cair...
smudgy ~~ any cake mesti masukkan bahan penaik..dan takleh kurang bahan yg tertulis tu..nanti mmg akan jadi cacatnya...so u kena cuba buat lagi...
RATU CANTIK ~~ kalau sekali sakala buat..mmg depa berebut tapi kalau dah selalu..depa dah tak kisah daahhh..
khaidir mukhtar aoneus171@yahoo.com ~~ sama-sama..semoga berjaya..
hanim minim_krocert@yahoo.com ~~ terimakasih kerana sudi menjenguk fp kakliza ...
salma78 salma5578@yahoo.com ~~ dua-dua barang tu ada jual kat kedai jual bahan kek/biskut..just ask them jer...
YANA princesssuryana93@yahoo.com.my ~~ terimakasih...
hana ummiaizat@yahoo.com ~~ kalau kek naik tak sama..suhu dalam oven tak serata..atau tepung digaulkan tak sama rata..atau suhu terlalu panas..kek merekah kerana suhu oven terlalu panas..
Ana ~~ semoga berjaya..
soraya ~~ terimakasih...
jaja ~~ sama-sama kasih..semoga jaa serono menjenguk sini...selamat berjaya
ain ~~ alhamdulillah...
linda tawlin2001@yahoo.com ~~ sama-sama aksih..kalau nak buat bunga dan tulisan tu kena gunakan butter cream ..cubalah tenguk kat posting cupcake kakliza..sana ada tulis...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net