;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Aug-2006 11:19 Email | Share | Bookmark
Nasi Ayam ...

Nasi Ayam
harini kakliza menemani anak kakliza no 3 [ Mohd Azib dalam acara Larian Merdeka anjuran SRK Rantau .....
alhamdulillah dia mendapat tempat ke3 dalam kategori Tahun 4..
nampak dia begitu seronok..
tapi kakliza terlupa nak suruh dia latih berlari sebelum hari acara ni..kalau tak lagi dia boleh dapat tempat yg lebih baik..sebab stamina dia akan bertambah baik..
nampaknya dia begitu minat ngan sukan..so kakliza nak kena bagi semangat dalam sukan..
macam mak dia jugaklah..suka menyibuk kat padang dan persatuan...

untuk mencepatkan makan tengahari ..kakliza sediakan nasi ayam jer..senang..rebus2 ayam dan masak..
pastu ayamnya dibakar atau digoreng sekadar masak..then hidangkan...




NASI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong 2]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.


Quote:
b]
[muza[/b] ~~ dalam presentation makanan..warna adalah memainkan peranan epnting untuk menaik perhatian.. even belum tentu sedap tapi kalau dah berwarna-warni tu..mmg nampak cun melecunnnn.. n TQ so much sebab sudi masak nasi ayam untuk orang makan...
shemaiz ~~ nanti boleh buat lagi tuu...
MamaFaMi ~~ ada jugak yg susah..dan buatkan kak liza Males nak buat...
rossya ~~ jommm...kita makan duluuuu....
Nazli - unix2u ~~ TQ Nazli.. but kakliza ni tak minat nak jadi ejen la.. so sori laaa...
Aliz ~~ kakliza dah masak selama 38 tahun sebab dari umur 10 thn mak kakliza dah mmg suruh kakliza masuk dapur..suka tak suka mmg kena masuk dapur.. then bila kawin kebetulan asben mmg tak suka makan luar..so mmg kena masak jugak...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net