Want your
own Fotopage?







 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Aug-2006 04:50 Email | Share | Bookmark
Mee Calong

Quote:
Askm kak liza, ada resepi Mee Calong tak? mee ni famous kat trg and kuantan. Masa saya kat kemaman biasa beli kt pasar mlm.
Sat 5-Aug-2006 20:32 Posted by:Abah aLesYa - [Link] IP: 152.78.254.241


Menjawap permintaan Abah AleysYa..
kakliza mmg pernah buat mee calong..senang jer..
macam mee sup yg dihidangkan ngan fishball..
tapi sedapnya fishball itu dibuat sendiri ..kira home-made..


MEE CALONG

Bahan

1 rangka ayam [potong kecil]
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
1 pokok daun sup [hiriskan]
1 batang carrot [potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
3 biji cili merah [hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 s/b minyak
1 kiub ayam [maggi atau knor]

Bahan tumbuk/mesin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Bahan Sos Kicap Pedas
15 biji ciliapi ] tumbuk halus
1 ulas bawang putih ]
2 s/b kicap cair


Bahan Calong
1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang
1 s/k lada hitam tumbuk
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Cara.
1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendideh.
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
7. Masukkan sawi/kailan.
8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net