Want your
own Fotopage?







 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Aug-2006 01:09 Email | Share | Bookmark
Kueh SeriMuka

memandangkan daun pandan yg banyak dibelakang umah kakliza..macam hutan tu...



kakliza akan mulai memasak kueh yg berwarna hijau..



KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalma loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

Quote:
me myself ~~ jomlah buat..kalau tak dok teringat-ingat je nanti...
nabialishad ~~ kakliza gunakan loyang 8x 8 inci..kalau buat separuh takut nipis sangat..unles u ada loyang bulat 6 inci tu...
adekmanja ~~ yela..kueh ni kalau bulan posa cukup laku kat pasar ramadan...
MamaFaMi ~~ Janganlah geram...nanti balik mesia tanam banyak2..senang nak gunakan..mmglah dok obersi..kena gunakan apa ygg ada..
Sabrina ~~ alhamdulillah apa yg kakliza tanam..mmg subur..termasuklah diri kakliza ..kakkaakkaka .... kalau rumah kita dekat..mmg kakliza kasi free jer..
Aliz ~~ Tahniah atas kejayaan buat serimuka pelangi.. sure berseri-seri muka Aliz tu..mudahan Aliz akan bertambah seronok menjenguk fp kakliza...TQ..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net