Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Aug-2006 14:51 Email | Share | Bookmark
Tomyam Ayam

tomyam ayam


TOMYAM AYAM

Bahan A

500 gm ayam [potong kecil]
1 batang carrot [potong pendek]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

Bahan B
100 gm bunga kobis
2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara membuat
1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut
2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendideh dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.


boleh cuba resepi kak liza ni..
hanya masukkan dalam rebusan ayam dan renehkan sehingga mendideh...

PES TOMYAM

Bahan-bahan

3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


Quote:

1. MamaFaMi ~~ kat umah nimmg suka jenis sup2..so kalau buat mmg tinggal sampah jer...
2. muza ~~ kak liza dah edit dan tuliskan pes tomyam..so kalau rajin boleh cuba buat dan simpan stok..
3. mummy zimahnmizah ~~ semoga berjaya...
4. Putricmot asima_307~~ TQ ..kerana sudi nak emncuba resepi tomyam kkliza..
5. umikelly umikelly ~~ senoga selepas ini rajin masak..
6. mama225 farah225 ~~ salam perkenalan.. ..kalau dah masak.. simpan kat bahagian bawah pun ok..tapi kalau nak lebih tahan alam..asingkan separuh,,lebelkan dan simpan dalam freezer..mmg lama tahan..maybe 2..3 bulan..
7. ct wan kembang /siti.norazlina ~~ salam..selamat pengantin baru.. ..semoga fp kkliza akan membantu memasak dan senoga berbahagia hendaknya..
8. zaraasyira zai5703 ~~ wah..dah duduk jauh sure kena rajin masak..kalau tak ..tentu kurang meriah suasana makan..
9. ellisz elliszsafawi ~~ TQ..semoga fp kkliza akan membantu masakan adik..






Kecurnya...macam terasa-rasa kat anak tekak ni...... Wed 16-Aug-2006 17:16
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak pes tomyam tu buat sendiri ya,saya baru berkira kira nak buat tomyam,tg fp akak dah buat ,memang terlecur.hiii sedapnya hirup sup ni... Thu 17-Aug-2006 00:11
Posted by:muza
he..he..kak liza..semlm kiter masak tomyam..tapi tomyam sotong+udang.....guna pes tomyam adabi jer..sbb bukannyer jenis rajin......because of mlm semlm hubby beli tomyam kat kedai tak puas mkn..itu yg masak semlm mkn puas dgn anak2..my first daughter suka mkn udang......
lps nie nak try resepi kak liza nie...
Wed 24-Jan-2007 05:48
Posted by:mummy zimahnmizah  - [Link]
My hubby teringin nak mkn tomyam udang....tu yg sibuk cari resepi. Tetiba teringat fp kak liza....terus cari resepi tom yam. Pes tomyam 2 nampak senang utk dicuba....mls nak guna pes yg sedia ada.......cuba buat sendiri.....hehehh.....thanks kak liza Mon 5-Mar-2007 19:46
Posted by:Putricmot asima_307@yahoo.com
thanks.. best sangat.. semalam try.. Mon 18-Jun-2007 09:19
Posted by:umikelly umikelly@gmail.com
kak liza, salam perkenalan
nak tanya, pes yg kita buat tu simpan dekat chill ker tempat beku?
baper lame boleh bertahan?
tq
Tue 17-Jul-2007 01:48
Posted by:mama225 farah225@yahoo.com
Salaam kak liza. Terima kasih byk2 untuk resepi akak.. Mmg byk membantu ct di dapur.. Weekend lepas ct cuba resepi tomyam akak nih... alhamdullilah menjadi.. suami ct tak sudah2 puji.. hehehe.. utk pengetahuan akak.. ct ni baru je mendirikan rumahtangga.. ala2 mmg tak pernah masak tomyam pun.. nasib baik terjumpa page akak ni.. terima kasih kak liza.. insyallah lepas ni makin rajinlah ct buat experiment resepi2 akak... Tue 14-Aug-2007 05:29
Posted by:ct wan kembang siti.norazlina@my.flextronics.com
sodapnya den tengok tomyam ni, nak cuba la kak liza,he3...,kecur air liur den, hubby den sure suka ni, kalau balik keja ada tomyam ni,semalam den dah cuba masak ikan cencaru bakar resepi kak liza, hu alamak,terangkat, maid den siap mintak resepi, apapun thanks kak liza banyak2,den banyak refer kat this web.den baru je cuba masuk blok ni dalam sebulan,setelah jauh di negara orang selama 2 bulan....... .... Wed 22-Aug-2007 03:03
Posted by:zaraasyira zai5703@yahoo.com
sodapnya den tengok tomyam ni, nak cuba la kak liza,he3...,kecur air liur den, hubby den sure suka ni, kalau balik keja ada tomyam ni,semalam den dah cuba masak ikan cencaru bakar resepi kak liza, hu alamak,terangkat, maid den siap mintak resepi, apapun thanks kak liza banyak2,den banyak refer kat this web.den baru je cuba masuk blok ni dalam sebulan,setelah jauh di negara orang selama 2 bulan....... .... Wed 22-Aug-2007 03:04
Posted by:zaraasyira zai5703@yahoo.com
saya dah cuba tom yam ni..guna pes yg k.liza punya...sedap.my hubby punya la selera Wed 26-Sep-2007 09:33
Posted by:ellisz elliszsafawi@yahoo.com.my
dah cuba resepi nie.suami kata sedap.cuma kurang sikit rasa sebab hari tu bahan untuk pes tu tak cukup.thank you Mon 11-Feb-2008 08:10
Posted by:hasni cay1573b@streamyx.com
dah cuba resepi nie.suami kata sedap.cuma kurang sikit rasa sebab hari tu bahan untuk pes tu tak cukup.thank you Mon 11-Feb-2008 08:14
Posted by:hasni cay1573b@streamyx.com
tomyam nampak best boleh tak kak liza bagi tahu cara2 nak buat fresh noodle ...dh buat asyik tak menjadi jerr Mon 18-Feb-2008 06:23
Posted by:akmar norakmarizam@yahoo.com
tomyam nampak best boleh tak kak liza bagi tahu cara2 nak buat fresh noodle ...dh buat asyik tak menjadi jerr Mon 18-Feb-2008 06:23
Posted by:akmar norakmarizam@yahoo.com
balik umah nih..nak tros mencube r..
mesti sodap sampai menjilat jaghi nyo kan
Sat 23-Feb-2008 08:48
Posted by:orchid ctnuuranis@yahoo.com.sg
kak liza.. tomyam ni utk berapa org? kite budak baru belajar... Mon 22-Sep-2008 03:29
Posted by:Mimie  - [Link]
"SATU CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN DI INTERNET!!!"
Bagaimana ANDA Boleh Menjana Sumber Pendapatan Diantara RM100.00 Sehingga RM1,000.00 SEMINGGU, Sambil Anda Melancong dan Bergembira Bersama Yang Tersayang. Walaupun Anda TIADA Kemahiran Dan Pengalaman dalam Perniagaan Internet, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!"
http://www.e-jariah.net/zagfaa
Tue 6-Jan-2009 07:27
Posted by:zagfaa  - [Link]
dh print resepi ni..nk blek try..wish me luck..hihi Sun 15-Mar-2009 08:45
Posted by:nurul nhusna84@gmail.com  - [Link]
lengkuas boleh ganti dgn benda lain x? Wed 25-Nov-2009 04:24
Posted by:me_mash crimson_death88@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.