;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Aug-2006 22:49 Email | Share | Bookmark
BINGKA BERLAUK

 



BINGKA BERLAUK

Bahan

1 cawan tepung gandum
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan [1 cawan susu cair + 2 cawan air]
1 s/k garam
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b keju cheddar

Cara
1. Kacau semua bahan kecuali keju dan tapiskan kedalam loyang 8x 8 inci yg telah disapukan majerin.
2. Masukkan dlam oven yg telah dipanaskan 180’C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yg telah disediakan dan baker lagi selama 30 minit atau s ehingga nampak masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
5. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 batang kecil carrot [potong dadu]
1 s/b rempah kari
2 biji cili merah [cincang]
Daun sup dan daun bawang [hiris halus]
1 s/b minyak
Garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masakkan sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Angkat dan taburkan atas adunan yg telah separuh dibakar.
7. Bakar lagi 20-25 minit.
8. Sejukkan dan potong.
9. Susunkan kueh dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang & sup , cili merah dan bawang goring.


Quote:

MamaFaMi ~~ Mama mmmmg RAJIN tahap KINGKONG..teramatlah rajin..kakliza mmg tabik spring keretapi laaaa...
muza ~~ santan mmg boleh tukarkan pada susu cair atau susu segar...dan inti pun boleh tukar pada serunding ikan..ayam atau daging..
nabialishad ~~ mmg ada jenis kukus.. boleh semak kat link tepi tu tajuk Talam Berlauk..
adekmanja ~~ kalau teringin nak makan apayg kakliza buat berasaskan daging..boleh tukarkan pada isi ayam...bahan lain sama jer..
Sabrina ~~ mmg sedap..kakliza sellaunya buat kalau ada majlis..sebagai buah tangan...atau anto rumah jiran..so kakliza makan hanya sikit jelaaa..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net