;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Aug-2006 23:36 Email | Share | Bookmark
BBQ bersama Nonie

ayam
ayam
makanan
makanan
ketam stik
sotong dan burger
nasi goreng cina
sos lada hitam
oleh kerana kawan baik kakliza [Nonie] datang dari KL dan bermalam dirumah kak liza untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kawan kak liza [kenalan lamak kami juga]..kami membuat mini BBQ bersama dengan jiran ..
disamping itu sajalah nak gembirakan kawan anak kakliza no3 yg mendapat keputusan agak baik dalam trial PMR mereka..
kakliza telah sediakan bahan perap awal beberapa jam dan malamnya lepas isya hanya anak2 kakliza dna temannya membakar..
oleh ekrana mereka kurang pandai menjaga api..so BBQ ayam tu agak gelap sikit tapi oleh kerana kak liza telah masakkan ayam dan bahn perap tu so ayam tu masak sekata..dan lebih sedap dari ayam yg tidak dimasakkan sebab selalunya kalau buat BBQ mesti ada kelihatan sapeti darah ditulang ayam tu..
nanti tak lalu nak makan...
kakliza juga sediakan nasi goreng cina dan sayur salad mentah saja..sebab pada masa paginya kakliza telah pergi ke majlis khatam quran..dan pada jam 3 ptg telah pergi kerumah kenduri untuk menolong mengupas bawang..potong sayruan dan lain2...
kak liza tak sempat nak sedikan dessert..hanya buah rambutan..mata kucing dan juga tembikai..

selain dari ayam kakliza juga sediakan daging..ikan..sotong..burger..sosej..ketam stik..
memang meriah..dengan anak2 bergurau senda..mak pak berbual pelbagai stori maklumlah lama tak jumpa...kira2 6 bulan jugaklah sejak last jumpa masa Azlan [anak sulong kak liza ]accident kat KL aritu..
kebetulan asben kakliza dan asben Nonie adalah sama geng masa kat IPTA dulu...






AYAM BAKAR BBQ

bahan A:

1 ekor ayam [potong 8]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven suhu 200'C selama 30 minit
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga masak kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.

NOTA:
jika nak buat BBQ..keluarkan ayam dan bakar ditempat dapur arang BBQ...



SOS LADA HITAM

Bahan

1 s/b serbuk lada hitam
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
2 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 labi bawang besar bombay [cincang halus]
1 s/b butter

Cara.
1. Panaskan butter dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan semua bahan lain dan akcau sampai mendideh dan pekat.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran dan ayam untuk hidangan.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net