;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Aug-2006 12:47 Email | Share | Bookmark
BBQ at lunch..

AyamBBQ
Jus Koktel
memang pelik kan.. ada ke buat BBQ waktu lunch..
tapi oleh kerana anak kakliza no4 [Azib] merengek nak ikut abangnya p BBQ umah kawan dia.
so abangnya berjanji akan buatkan BBQ ayam untuk dia..
tapi kak liza laa yg teruk melayan kerenah Azib..
anyway dia mmg puas hati..seronok tenguk dia sungguh2 makan ..sambil bermain dengan adiknya [Azmil] dan anak jiran..



AYAM BAKAR BBQ

bahan A:

1 ekor ayam [potong 8]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia

3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven suhu 200'C selama 30 minit
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga masak kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.

NOTA:
jika nak buat BBQ..keluarkan ayam dan bakar ditempat dapur arang BBQ...





JUS KOKTEL

Bahan

1 tin fruit koktel
1 liter mango jus
1 liter oren jus
1.5 liter oren F&N
ais batu kiub

Cara
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata
2. Masukkan air batu dan hidangkan.


Quote:

shemaiz ~~ TQ for trying the resepi..dengar citer pun kak liza pulak yg terliuq..
MamaFaMi ~~ kalau U nak mai umah kakliza..kecik tapak tangan stadium bk jalil kakliza tadahkan...tengah malam pun kakliza bangun buka pintu..
tikah ~~ kalau buat BBQ ni mmg seronok..tu yg tak sedar ayam pencen pun licin...nanti raya ni boleh cover balik la..
kaklzia pun nak ajak adik badik buat BBQ raya ni..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net