;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Aug-2006 10:18 Email | Share | Bookmark
Kueh Gulung aka Kueh Ketayap

KuehGulung
memandangkan hutan pandan kakliza masih tebal..so nampaknya kakliza terpaksa cantas sedikit demi sikit..
kebetulan masa kakliza pergi kedai tu ada kelapa muda..so kakliza minta kedai tu parutkan kelapa muda dan ambilkan airnya untuk buat inti..cadangnya nak buat kueh gulung atau kueh ketayap..
tapi apa pasal dipanggil kueh ketayap tu kakliza pun tak tahu la...
tapi yang pastinya kakliza sukaaaaa kueh ni...

selain dari air kelapa tu buat inti..kalau buat lempeng pun sedap weyyy..
nanti kakliza buat lempeng kelapa..kakliza tepek resepi tu pulak...





KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG

Bahan Kulit [batter]

1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


Quote:
MamaFaMi ~~ tak amre laaa....waaa..org ni suka berpantun la..kakliza tak pandai nak berpantun2 ni laaa..
muza ~~ boleh saja nak..tapi sikit saja tauuuu..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net