Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-Aug-2006 21:06 Email | Share | Bookmark
Mee Ladna

Mee Ladna
semalam dah penat siang masak pulut dan kerabu betik yang banyak tu..
kakliza buat...mee ladna
kakliza terpaksa buat me jenis tak epdas sebab anak kakliza yg lastu tu tak makan cili..n asben kaklzia pun x suka makan makanan pedas..
so kalau kakliza buat mee atau nasi goreng tak pedas..kakliza akan sediakan cili kicap pedas..
ada orng beritahu kak liza..masukkan campuran air tepung jagung untuk memekatkan mee ini tapi kakliza tak suka kerana nampak macam berlengas sangat dan macam basi jer..
so kakliza just masukkan telur dan hancurkan sedikit..lagipun mee ada kandungan tepung dan aakan memekatkan kuah..so tak perlu masukkan tepung jagung..




MEE LADNA

Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning [500 gram]
100 gm udang [buangkan kulitnya]
100 gm sotong [dipotong]
100 gm isi ayam [dipotong]
kacang sepat
bunga kobis
carrot
capsicum merah dan hijau [potong panjang]
1 s/k lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tomato
sos tiram
Minyak masak
daun bawang & daun sup [racik]
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendideh masukkana telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.


Quote:

MamaFaMi ~~ nak buat dengan nasi pun orait jugak. tapi tak perlu gorengkan nasi tu sekali ngan bahan2 ni..hanya masakkan bahan ni dan tuangkan atas nasi.. anyway..pantun tu buat kakliza betui ketawa la...TQ...for being my kawan yg boleh gembirakan hati dikala sedih..
muni ~~ oh gitu ker nama mee ni akt penang..tapi selalu kakliza tenguk ejaan dia kat gerai di KL tu LADNA..mujur buka RADNA.. atau RATNA..nak sedap lagi buh je la nama Mee LIZA..macm kakliza dok sebut PIZZA LIZA kat anak2...
masita daut azleeta_68@yahoo.com ~~ ok..jom kita cuba masak mee ini pulak.. anak2 suka sebab tak pedas...masak pun cepat..macam kilat...
muza ~~ masak memang hobi dan juga tanggungjawap kkliza sebagai ibu.isteri..kebtulan ada masa dan ada minat..tu pasal kakliza rajin...
org uk ~~ W'salam.. seronok kkliza baca..juga MamaFaMi pun gembira bila tahu U rajinmencuba..kak liza dah saved url yg u kasi tu..TQ again..
unnamed salinasu@tm.net.my ~~ w'salam ... TQ sebab rajin mencuba resepi kakliza.. semoga U lebih berjaya dalam memasak untuk keluarga...kakliza beli gak buku resepi sebagai panduan hiasan makanan dan juga info mengenai makanan...
americanchoc ~~ waalaikumusalam.. TQ sebab rajin masuk FP kakliza.. nak bakar kek dalam microwave ni setahu kakliza hanya boleh gunakan m/wave utensil jer kot...anyway kakliza belum pernah cuba laa...
tikah ~~ boleh juga buat/makan ngan kotiau..
mummy jam ~~ rasanya mee ni banyak jual kat gerai2..memang sedap kalau makan ngan cili jeruk..kakliza pun baru jer buat jeruk cili..nanti kakliza tuliskan resepinya...
aureanayz ~~ lama tak namak.. so bolehlah cuba masak mee ini.. boleh gantikan ngan pasta jika susah dapat mee..
nabialishad ~~ kat Kertih/Kemaman ada mee buatan melayu..so kakliza masih belum cuba buat mee buatan sendiri walaupun ada kawan siber menghadiahkan mesin buat mee tu [pasta maker]
genny ~~ kakliza mmg biasa masak rendang masukkan hirisan daun kunyit tu.. boleh tenguk RENDANG AYAM



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net