;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Aug-2006 12:41 Email | Share | Bookmark
Singgang Aye..Dadar Telur Pudina...Sambal Belimbing

Belimbing BUluh
Daun Pudina
Taugeh Goreng
Singgang Aye
Dadar Pudina


SINGGANG IKAN AYE [TONGKOL]

Bahan

1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
air secukupnya

ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai]

Cara membuat dalam microwave
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.

Cara memasak biasa
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2. Rasakan garam dan masukkan ciliapi.
3. Hidangkan.


Nota Tambahan
Masakan kebanyakan orang pantai timur..senang dan ringkas ..Sedap dimakan hari esoknya..terasa asam garam




DADAR TELUR PUDINA

Bahan

4 biji telur
3 biji cili merah [mayang]
1 labu bawang besar [ mayang]
6 - 8 pokok daun pudina [racik]
garam
minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan dlam mangkuk dan kacau rata.
2. Panaskan minyak dan masukkan adunan telur.
3. Masakkan dengan api yg sederhana.
4. Terbalikkan sebelah lagi.
5. Bila nampak telur kuning keemasan boleh tutup api.
6. Masukkan dalam pinggan. Hidangkan.




TAUGEH GORENG

Bahan-bahan

2 keping tahu [potong kecil]
400 gm taugeh
100 gm daun kucai
1/2 batang carrot [potong kecil dan halus]
100 gm udang hidup
2 s/b air
3 s/b minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan tahu dan gorengkan supaya agak garing.
3. Masukkan carrot dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan taugeh, daun kucai, cili merah dan sedikit air. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan.



SAMBAL BELIMBING

Bahan

5 biji cili merah
7 biji cili api
3 cm belacan
7 biji belimbing buluh
garam

Cara
1. Mesinkan semua bahan sehingga separuh hancur.
2. Racikkan sedikit buah belimbing untuk mencantikkan sambal.
3. Hidangkan dengan ikan bakar atau ikan singgang/rebus atau sayuran rebus2.


Quote:

MamaFaMi ~~ eh....ehhhh ..kkaliza tak siksa punnnnn...
muza ~~ kakliza pun lapar juga..jom makan sama..
adekmanja ~~ boleh.. p basuh tangan dulu... pastu tunggu kat meja..
nana ~~ terimakasih...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net