;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Aug-2006 16:37 Email | Share | Bookmark
Tiramisu ..Donut Suria

Biskut Tiramisu
Biskut Tiramisu
Tiramisu02
Tiramisu dipotong
Donut Suria


TIRAMISU

Bahan A

24 keping biskut tiramisu
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut.. so kena makan secara scooping gitu..
tapi memang sedappp..



DONUT SURIA

Bahan A
3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening >>> kak liza buat 1 s/b shortening + 2 butter
3 s/b gula pasir halus

Bahan B*
210 ml air suam
2 s/k instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam

Bahan C
minyak untuk gorengan
1 s/b majerin
gula kastor

Cara:
1. Masukkan air dan semua bahan kecuali butter dan shortening dalam Bread Machine atau mesin penguli.
2. Ulikan pada setting 'Dough' atau sehingga doh kental.
3. Masukkan butter dan shortening dan uli lagi sehingga kental.
4. Keluarkan doh dan canaikan untuk adunan donut. Peramkan sekejap.
5. Panaskan minyak dan majerin dan gorengkan sehingga warna kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyak.
7. Golekkan dalam gula kastor dan hidangkan.


Quote:

MamaFaMi ~~ selain dari biskut tiramisu khas ini ..boleh gunakan span kek yg dipotong panjang dan basahkan ngan air nescafe [prosesnya sama] atau kek swiss roll [buh dalam mangkuk bulat.. ] atau pun kek apolo yg ada jual kat kedai tu...[kes malas nak cari bahan] tapi still proses yg sama juga...
zakiah zainudin zakiahzainudin@yahoo.com ~~ w'salam... TQ for visiting my fp ni..terharu betui kakliza baca kisah u..sungguh seronok...sebab duduk luar mesia dapat makan macam2 hasil tangan ibu.. lebih sedap ibu buat terjamin kerbersihan dan halalnya...
Abah_aLesYa ~~ kakliza x lah hebar sangat macam celeberati chef tu..tapi seronok berkongsi ngan adik2 di alam maya ni... mmg teingin nak buat buku maskan resepi kkliza tapi belum ada peluang..
muza ~~ W'salam..Terimakasih muza..kakliza berasa gembira bila berikan ilmu tu tanpa sembunyikan fakta yg benar...biarlah orang puashati dengan apa yg kita ajarkan..semoga ilmu yg baik dapat keberkatannya.InsyaAllah..
mona mona_rmy@yahoo.com ~~ TQ kerana setia visiting this fp...biskut tiramisu ni kakliza beli dari bakery suppliers... kalau kat KL..Bake with Yen or Bagus tentu ada..contoh biskut tu dah pun kakliza berikan gambarnya..
nabialishad ~~ kalau tak der susu tepung untuk kueh tu.. boleh saja gunakan susu baby tu [dah terdesak kannnn..] tapi jgnlah gunakan susu infant..nanti tak sedap..
so apa kata cuba tukarkan sebabahgian kandungan air tu pada susu segar [fresh milk] ..jadikan 100 ml fresh milk + 110 ml air suam dan hanya tambahkan quantiti susu tepung tu pada tepung gandum biasa.. supaya tidak jadi lembek doh tu nanti...apa-apa pun kalaua takut nak cuba just ask ..insyaAllah kakliza or sapa2 lain akan boleh bantu...
Nina ~~ mmg susah nak cari mascarpone cheese tu.. so bila kak liza buat gunakan keju biasa..rasanya tak kurang hebat..dan dapat sambutan baik dikalangan kawan2 kakliza..so do try n give me a feedback..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net