;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Aug-2006 21:35 Email | Share | Bookmark
Mini Karipap



SERUNDING IKAN

Bahan-Bahan:

1/2 kg ikan selayang [bersihkan]
2 cawan pati santan

Bahan giling :
15 biji cili kering
2 inci halia
2 batang serai
15 ulas bawang merah [5 labu bawang besar ]
2 ulas bawang putih

2 keping asam gelugur
1 camca kecil garam
2 camca kecil gula
minyak

Cara:
1. Ikan selayang direbuskan.
2, Asingkan isi ikan. Hancurkan dengan garfu.
3. Tumiskan bahan mesin.
4. Masukkan pati santan, asam gelugur, garam, gula dan isi ikan.
5. Masak menggunakan api yang perlahan sehingga kering.
6. Kecilkan api dan goreng terus menerus hingga betul-betul kering.

MINI KARIPAP

Bahan

500 g tepung gandum + secubit garam
3/4 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara

1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya.
2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu .
3. Uli lagi supaya semua bahan rata dan kental.
4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai.
5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.
6. Letak agak agak bahan inti serunding ikan setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat.
7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.
8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net