;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Aug-2006 11:59 Email | Share | Bookmark
Daging Masam Manis..Masak Lemak Ciliapi Rebung

Daging Masam Manis
Rebung Mentah[belum rebus]
Lemak Ciliapi Rebung


DAGING MASAM MANIS

Bahan

500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.





LEMAK CILIAPI REBUNG

Bahan-bahan

500 gm rebung jeruk
50gm ikan bilis
3 cawan santan pekat
2 batang serai [ketuk]
2 cawan air
garam

Bahan Mesin
20 biji cili api
3 ulas bawang kecil
2 cm kunyit hidup

Cara Memasak
1. Rebuskan rebung dgn garam sehingga mendideh dan lembut. Toskan.
2. Masukkan bahan mesin, serai, ikan bilis , rebung dan air dan didehkan perlahan sehingga daging lembut.
3. Bila dah mendideh masukkan santan dan garam.
4. Kacau supaya tidak naik minyak dan bila dah nampak pekat/elok masak boleh tutup api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.


Quote:

itot ~~ mmg betui...kkdg tu anak kkliza cabut lari main kat luar sebab x mahu bau rebung ni..tapi masa makan dia relax jer...walaupun lauk tu depan idung dia...

muza ~~ aceli kkliza mmg suka lauk rebung..nangka..dn jenis2 sayuran kampung..saja masak nak kasi anak2 tahu makan pelbagai jenis sayur...mmg bau rebung ni sedap..tapi kalau dah lama jeruk tu..aduh...sakit gak idung mancung kkliza...








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net