;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Aug-2006 10:03 Email | Share | Bookmark
Kueh Lapis Keladi

Lapis Keladi
Lapis Keladi [projek buku]
 


KUEH LAPIS KELADI

Bahan A:

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/4 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan.




kueh lapis masa kakliza buat projek buku dulu..antara yg terdapat dalam buku 'ANEKA TALAM & KUEH LAPIS"...




Quote:

MamaFaMi ~~ jgn seksa.. jom buat...
muza ~~ warna purple tu mmg ada jual ..star brand..nak bekfesngan lapis keladi mana kenyang.. kenalah makan heavy sikit.baru boleh kerja laju sikit...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net