Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Sep-2006 02:27 Email | Share | Bookmark
Ayam Goreng Mamak ..Kerabu Perut & Taugeh

Ayam Goreng Mamak
Kerabu Perut
arini Jumaat..cuti hujung minggu bagi Terengganu...
asben kakliza telah membawa anak2 pergi bermain kapal terbang kontrol as weekend schedule..wajib kot...
tapi sebelum depa p..anak2 kakliza pesan suruh belikan nasi lemak kat Pasar Tani..
oleh kerana malam sebelumnya kakliza lambat tidur.. then ditambah ngan hujan dan sejuk pagi selepas solat subuh kak liza sambung baring dan terlelap sebentar..
so kakliza agak lewat ke Pasar tani..
malangnya mak cik yg selalu kakliza beli nasi lemak tu tak menjual pulak.nak beli kat orang lain..ada yg habis dan ada yg kena beratur panjang..
so kakliza decided nak masak nasi lemak untuk lunch..
tapi oleh kerana lapar [tak breakfast b4 p Pasar Tani]..kakliza pun mengajak anak dara kak liza p breakfast kat kedai..
wahhhh...mengebat kita..makan masakan orang.. .kat kedai pulak tu..
kakliza makan nasi kerabu daging rebus tapi minum air suam jer...dan anak dara kakliza makan nasi minyak ayam masak merah dan juga teh O ais..
balik rumah kak liza pun kelamkabut masak nasi lemak dan juga kerabu perut dan ayam goreng mamak...




AYAM GORENG MAMAK

bahan

1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari
garam
minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.




KERABU PERUT & TAUGEH
Bahan
500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 ulas bawang merah

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.


Quote:

itot ~~ sekali sekala dia balik dari kolej..saja lah raikan dia.. dia pun suka.. seronok tauuu..balik nanti layan lah mak itot sebaik mungkin sementara ada masa...
MamaFaMi ~~ sekali sekala buat manja makan orang masak ... ..mmg menten gak masa makan..tpi taklah teruk sangat..
muza ~~ ayam goreng mamak ni mmg wangi daun kari.. garing..
Krayolan ~~ oh biasa mai Kerteh ker.. aceli aritu kakliza p bekfes [ makan nasi kerabu tu] kat warung maksu tu laaa... n umah kak liza just dekat warung maksu tu ler..tak sampai 5 mnit jalan kaki..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net