;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Sep-2006 20:38 Email | Share | Bookmark
Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak


MEE GORENG MAMAK

Bahan

500 gm mee kuning
100 gm daging )
100 gm fish cake ) hiris nipis
100 gm fish ball )
4 keping kueh cucur udang )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


Quote:

genny ~~ semoga seronok dapat resepi rendang tu..kakliza goda ngan mee jer...
muza ~~ yelah..buln posa ni sapa yg kerja mmg terkejar2 lah nak masak.. so rengkasnya buat lah gini sebab semua zat ada dalam tu..jangan ada zat MALAS jer sudah laaa..
adekmanja ~~ agaknya dah siap makan kot masa ni..
MamaFaMi ~~ ari-ari kena masak..so kenalah banyak jenis masakan kena susun..kalau tak sure depa jemu.. macam2 adaaaaa
cik_bawang ~~ waalaikumusalam cik bawang..boleh saja nak copy..banyak pun tak per..dan bila dah try tu kasilah report ..
kuchai ~~ rasanya itu bihun hailam..kakliza biasa gak buat..tapi sedap ngan udang dan ayam...
shemaiz ~~ mmg meriah la..tapi kkliza lah kalut sikit..semua nak kena buat sensorang...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net