Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-Sep-2006 12:48 Email | Share | Bookmark
Apam Mekar

 


APAM MEKAR

Bahan

250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..


Quote:

su su_ada04@yahoo.no ~~ kalau tak der ovallate tu tak tahlah camner jadinya apam tu..pernah juga bahan [penaik Quick 75 or double action powder tai bahan tu pun susah nak dpatkan stoknya...
muza ~~ kebetulan kkiza rajin lebih tu.
MamaFaMi ~~ jomlah kita buat lagi...
Kak Leen aslinda217@yahoo.com ~~ cantik sebab warna-warni kot..
genny ~~ sebaiknya pukul ngan mesin supaya telur tu cukup kembang.. boleh gunakan sudu tapi lambatlah sikit..senang gunakan pelastik yg digunting bucu dan terus pam dalam mangkuk muffin..
nabialishad ~~ cuba beli mangkuk apam pelastik warna wrni kat pasar malam tu..yg selalu org buat agar2 dalam tu.atau pun gunakan mangkuk aluminuim pie yg single unit tu..susunkan dalam kukusan dan buh kertas muffin tu dalamnya..
zaizainal ~~ kakliza dah tuliskan..
hilmi sharifahhilmi@yahoo.com ~~ w'salam... apam ni kena kukus dgn api besar so that nanti wap akan membuatkan apam tu mekar..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net