;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Sep-2006 13:54 Email | Share | Bookmark
Nasi Beriani Udang

 

anak ke3 kakliza [Mohd Azib suka makan sea-food..so kalau dia ikut kakliza p pasar..mulalah dia akan minta udang..ketam dan sotong untuk lauk dia..
so airni kkliza nak sediakan ...



NASI BERIANI UDANG

Bahan

500 gm udang besar [bersihkan ]
1 kg beras bathmati
1/2 cawan lobak merah [potong dadu]
2 biji buah tomato [potong dadu]
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi
garam

Bahan tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng rata.
3. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
5. Bila dah nasi kering, kacau rata [gemburkan] dan biarkan kering lagi.
6. Hidangkan dengan salad atau acar timun.


Quote:

MUZA ~~ W'salam..InsyaAllah sedap..
nabialishad ~~ nampaknya lepas ni boleh cubalah...
wilda sari@aiakswiss.com ~~ W'salam....jatuh cinta ngan resepi kira orait la..jangan jatuh cinta ngan orngnya yer..nanti kalau ada masa..jomlah cuba masak nanti...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net