Want your
own Fotopage?







 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Sep-2006 22:20 Email | Share | Bookmark
Biskut Arab dan Biskut Makmur

Biskut Arab
Bisku Makmur
kak liza dapat resepi biskut makmur ni dari adik kak liza yg emang terkenal dengan biskut ni selama 25 tahun dah..
dan memang dia mengambil tempahan di KL..
sekarang dia tinggal di Port Dickson dan telah bekerja sebagai Pastru Chef di Ristec Resort sana so mmg dia tak amik tempahan yg banyak...
selain dari biskut makmur dia mmg terkenal dengan tart gulong..dan juga almond london
kakliza ada buat iklanniaga BISKUT RAYA




BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL

Bahan

250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.





BISKUT MAKMUR

Bahan Doh/Kulit

500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.


Quote:

zaizainal ~~ sama-sama zai..
Nora ~~ sama-sama Nora..lepas ni boleh tambah lagi koleksi resepi dan asahkan bakat memasak tu...
MUZA ~~ w'salam..so apa algi tunggu jom lah buat...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net