;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Sep-2006 22:33 Email | Share | Bookmark
Ketam Sweet-Sour dan Taufu Faa

Ketam Sweet-Sour
Taufu Faa


Quote:
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."





SWEET-SOUR KETAM

Bahan Bahan

4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar


Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..





TAUFU FA KOKTEL

Bahan

taufu faa [boleh beli kat Bazar Ramadhan]
fruit koktel [dalam tin]
air gula secukupnya
ais batu

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk hidang,
2. Sejukkan sebelum dihidangkan untuk makan.



Quote:

dilla ~~ kat Kertih ni makanan laut mmg fresh..maklumla duduk tepi laut..so ikan baru jer kuar dari bot terus masuk kuali..
MUZA ~~ rugi kalau lepas peluang tak solat terawih sebab bukan senang nak daptkan pahala..
ida ~~ kak liza tumpang sedih..al-fatihah...
harleena ~~ bagi kakliza kalau benda/kerja tu lebih mudah beli..kakliza akan beli...senang ceita..then hias jer..
dilla ~~ best jugak tu..
MamaFaMi ~~ alahai..jgn nangis..jom masakkk...








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net