;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Sep-2006 22:35 Email | Share | Bookmark
Bubur Lambuk..Goreng Hati Ayam..Puding Buah Sos Kastad

bubur lambuk
hati ayam goreng
daun kesum
daun kaduk


Quote:
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."





sayuran yg digunakan untuk buat bubur lambuk


dalam mangkuk


siap dimakan

BUBUR LAMBUK

Bahan

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.




GORENG HATI AYAM

Bahan

500 hati ayam
5 s/b minyak
1 s/k kunyit
1 s/k garam
3 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 pokok daun bawang [potong pendek]

Bahan hiris
1 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Hati ayam dibersihkan dan toskan kering. Gaulkan dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan masukkan hati ayam. Biarkan sehingga masak.
3. Kurangkan sedikit minyak dan masukkan bahan hiris. Kacau rata.
4. Bila telah layu masukkan jus limau dan daun bawang. Kacau rata.
5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.






PUDING BUAH SOS KASTAD

Bahan Puding
10 gm agar-agar serbuk
6 gelas air
1 tin fruit koktel [asingkan airnya]
1 helai daun pandan [simpulkan]
2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
pewarna merah

Cara
1. Masukkan serbuk agar-agar, air, dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan air dari fruit koktel. Biarkan mendideh lagi.
3. Tutup api dan buangkan daun pandan.
4. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna merah. Kacau rata.
5. Masukkan dlam acuan atau loyang. Sejukkan.

Bahan Sos Kastad
1 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 cawan gula
3 s/b tepung kastad

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masakkan dengna ap sederhana sehingga mendideh dn nampak agak pekar dari sebelumnya.
3. Sejukkan.
4. Hidangkan dengan puding dan juga fruit koktel tadi.


Quote:

ida ~~ kakliza mmg suka buat bubur tganu..anak2 pun suka..
MUZA ~~ w'salam... puding tu rasa ok jer manisnya..... bubur lambuk tu mmg sedap kalau buh isi ikan bakar..manisnya lain dari ayam atau daging..
~F&Z~ ~~ semalam dah plan nat buat ciken wrap tu tapi air pulak x der..so masak apa yg sempat jer..
rozeela ~~ kalau tak der pucuk macam kat mesia.. just masukkan carrot..bayam..atau greenleaf jer.. tapi isi ikan tu penting..baru macam bubur lambuk..atau kalau susuah just gunakan daging jer..still macam bubur mesia..
Krayolan ~~ a'ah Krayolan..kakliza selalu buat versi tganu..sedap pulak rasanya...sekali sekala baru buat versi Mc D...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net