;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Sep-2006 22:59 Email | Share | Bookmark
Ikan Bakar Air Asam Mangga..Lemak Pucuk Manis

Air Asam Mangga
Ikan Bakar
Quote:
Puasa adalah latihan bagi membentuk ketahanan diri. Mereka yang sabar dan beriman sahajalah yang dapat melakukannya dengan sempurna dan beroleh balasan pahala yang amat besar. Kita tidak dapat gambaran apakah bentuknya ganjaran dari Allah.

Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraannya - pertama, gembira ketika ia berbuka dan keduanya gembira ketika menemui Tuhannya nanti




IKAN BAKAR

Bahan

ikan kembung/pari
garam
kunyit
daun pisang/aluminium foil

cara
1. Ikan digaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Lapikkan daun pisang dalam kuali dn bakar sehingga masak.
[jika tiada daun pisang gantikan dengan aluminuim foil.
3. Bila sudah masak hidangkan dengan air asam mangga.




AIR ASAM MANGGA

Bahan

5 biji cili merah
10 biji cili api
belacan [agaklah]
1/2 cawan jus air asam jawa
garam
mangga cincang

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan masukkan mangga cincang.
3. Hidangkan dengan ikan bakar atau ikan rebus.




MASAK LEMAK LABU & PUCUK MANIS

Bahan
1 biji labu kuning [kecil]
1 ikat daun pucuk manis
2 tangkai cili merah [hiriskan]
1 labu bawang besar [hiriskan]
1 cawan air
garam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]

Cara
1. Labu dibuangkan kulit dan bijinya. Potong kecil.
2. Bersihkan daun pucuk manis.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
4. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau [supaya tidak pecah minyak] sehingga mendideh lagi.
5. Tutup api dan hidangkan.




NASI GORENG CINA

Bahan

3 mangkuk nasi [sejukkan dan peroikan]
100 gm udang
100 gm sayur campur [mix-vege]
1 s/k lada hitam [tumbuk kasar]
2 biji telur [pukul]
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 pokok daun bawang [racikkan]
garam
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehinga wangi.
2. Masukkan udang dan kacang campur. Kacau rata.
3. masukkan telur dan biarkan sebentar baru kacau.
4. Masukkan nasi, garam dan lada hitam. Kacau rata supaya garam dan lada hitam bergaul rata.
5. Tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau lagi..
6. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.



Quote:

Aliz ~~ kakliza selalu buat kalau sayur lemak mesti ada lauk pedas juga..so balancelah masakan tu...TQ to U sebba sudi menjenguk fp kakliza ,,maaflah kena makan sayur lemak labu tu dalam mimpi jer...
MUZA ~~ w'salam...dah abisla air asam tu.. dia hanya sedap dalam amsa sehari jer sebab selalunya aklau lama x sedap laaa..
zaizainal ~~ kalau buh toamato masam dia lain dari mangga..mangga lagi sedap ...kalau nak gunakan oat rasanya gunakan yg instant kot..kakliza x pernah gunakan lagi..
shaliza81 noza81@yahoo.com ~~ kkliza buh air asam jawa tu nak rasa masam lagi...dah biasa buat gitu so rasa amcam tak jadik jer kalau tak buh air asam jawa..anak kakliza pun demand potato mases tu..
MamaFaMi ~~ mmg bila mulut penuh..udah tak terkata...
azurahakim seymour77@yahoo.com ~~ mmg sedap dan berselera jer..pastu baru mengah perut..
unnamed ~~ kakliza bakar ikan dalm kulai..so x nampak rentung ler..kalau tidak ada jugak bunga2 hangus tu... ..kalau letak kunytnampak cam cun sikit ikan tu...
Hi kak liza... terima kasih coz sudi berkongsi pelbagai resepi dengan kami semua. Sempena bulan puasa ni, fotopages kak liza sangat memberi ilham dan motivation untuk saya mencuba pelbagai jenis resepi. Hasilnye memang sodap!! pendek kata... kalau mak mertua lalu pun, tak perasan! hehe Mon 2-Oct-2006 01:00
Posted by:mama_haziq ~~ TQ sebab sudi mencuba resepi kak liza..bab mertua lalu tu..suruh dia lalu depan..kalau lalu belakang..mmg tak nampak.sebab menantu dok kyusuk melayani juadah masakannya...
Ucu ~~ InsyaAllah akan kkliza tuliskan resepi dendeng dan serunding daging tu.. no hal..just a small matter jer tu...don wori..
alangzaa ~~ INsyaAllah akan kakiza tuliskan semula puding marble tu..
rossya ~~ mmg best..kalah lauk ayam...[for me laaa]
melmisha ~~ TQ 4 khatam my fp ni... InsyaAllah..akan kak liza tuliskan resepi bukhari tu [kalau tak lupa]...
nabialishad ~~ hahhahhaa...TQ..
ibu khadija ~~ w'salam....nanti kakliza tuliskan Kek sarang lebah/gula hangus tu semula..InsyaAllah..
rossya ~~ sib baik kakliza tak buh lagu raya yg lagi sedih..kalau tak..harus ada yg leleh air mata nanti..
maR ~~ wah kontrolbetul penggunaan santan tu..kakliza akan balik raya kat Kedah juga tapi kat Anak Bukit..umah mertua..
aLesYa,mama,abah hada_azman@yahoo.co.uk ~~ terimakasih diatas doa itu..dah hamir raya dah ni..
ida ~~ mmg kakliz apernah tulis resepi rojak betik kuah ikan tu.nanti kakliza tuliskan semula..
apa2aje.. ~~sabar dek..bulan posa ni...
dan Terimakasih sudi merayau kat fp kakliza...sib baik jatuh cintan ngna resepi..kalau jatuh cintan ngan orgnya..harus parah ni...
kaezrin ~~ kakliza asal dari KL tapi dah duudk tganu 23 thn..so mmg banyakk belajr masakan tganu..emel kak liza ialah hanieliza@yahoo.com
Mama Haris ~~ nanti kakliza check semula.
rossya ~~ terimakasih rossya..kakliza dah buat kueh tu gunakan resepi kakliza..
zakiah zainudin zakiahzainudin@yahoo.com ~~ sori dear..kakliza akan tuliskan sikit masa lagi..
kuchai ~~ fp kucai un tak kurang hebatnya....
Kak Leen ~~ kakliza pun belum buat kueh raya jugak..
elia ~~ sabar ye..nanti boleh balik kampung raya sama keluarga...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net