;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Oct-2006 02:00 Email | Share | Bookmark
BihunTomyam



Quote:
Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.





BIHUN TOMYAM

Bahan A

500 gm bihun
1 pokok daun ketumbar (cincang)
2 biji limau nipis (ambil jus)

Bahan B
500 gm ayam [potong kecil]
1 batang carrot [potong pendek]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

Bahan C
100 gm bunga kobis
2 biji tomato (dibelah 4)

Cara membuat
1. Bihun direndamkan dan dicelurkan sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan B dan renehkan sampai lembut
2. Masukkan bahan C. Biarkan mendideh dan tutup api.
3. Ambil sadikit bihun dan masukkan dlam pinggan.
4. Tuangkan kuah tomyam dan hiasakan dengan daun ketumbar dan limau nipis.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net