;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Oct-2006 22:09 Email | Share | Bookmark
Acar Ikan dan Salad Telur



Quote:
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dos, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.





ACAR IKAN

Bahan

2 ekor ikan selar [boleh gunakan twnggiri atau merah]
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..3 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Bahan Mayang /hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam.





SALAD TELUR

Bahan:

telur rebus [potong slice]
daun salad hijau [potong kecil]
tomato [potong bulat]
timun [potong bulat]

Semua bahan disusunkan dalam pinggan hidang yg bujur/besar dan tuangkan kuah sos.

Kuah sos:
tomato sos
cili sos
sikit minyak jagung

Cara
gaulkan bahan ini dan rasakan masinnya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net