Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Oct-2006 03:52 Email | Share | Bookmark
Rojak Ayam Kerabu Sotong



Quote:
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :

[1] Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

[2] Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.

[3] Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.

[4] Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.

[5] Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.

[6] Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.

[7] Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.

[8] Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.

[9]Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.

[10] Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.





ROJAK AYAM

Bahan

1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan rojak ayam.





KERABU SOTONG

Bahan A :

500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

Cara:
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

aswb kak liza, sha org baru tp selalu tak miss fp akak ni. sayu hati bila dengar lagu raya ni..maklumlah kami akan sambut kat luar negara..aduh..kak dah lama tak makan rojak ayam boleh buat buka posa hari ni...dan juga kerabu sotong buat terliuq aje..ok kak selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sun 8-Oct-2006 12:17
Posted by:Sha tqanadia@yahoo.co.uk
alahai sedapnya rojak ayam aka rojak keling. Bila le nak cuba buat sendiri ni.. Kegemaran dari kecik sampai le dah tua ni...hihi..dah tua ke? Bolehla.. . Sun 8-Oct-2006 14:44
Posted by:ida  - [Link]
saya admirer gilerrr,,, tengok kerabu sotong akak tu..... rasa macam nak test aje..... Fri 10-Nov-2006 16:12
Posted by:nor aishah samin marqbol mktg marqbol@tm.net,my
kak..... tolong... saya mengidam kerabu perut ngan kerabu kaki ayam..... plsssss... ajar cara nak buat kat sini..plssssssss tqqqq Thu 16-Nov-2006 09:43
Posted by:faida2006 faida2006@yahoo.com
hi kak liza.. i dah try your kerabu sotong.. sedapppp! Mon 23-Apr-2007 12:23
Posted by:smudgy
plzz bg resipi kerabu isi ayam.. Mon 4-Feb-2008 21:19
Posted by:knorr puteri_cancer83@yahoo.com
hi kak liza! Linda belum pernah cuba resepi akak. Tapi ari ni sajer jer tengok2 resepi dan ternampak kerabu ni.. terasa nak buat kerabu la ari ni. Hubby dah 4 hari demam... makan pun kureng. Asyik buat sup jer... kita yang sehat pun dah naik muak Nak la wat masam2 plak... hehehe.... thanks la kak... giving ideas for kami2 yang kerja ni.... memilih menu harian Wed 6-Feb-2008 05:43
Posted by:Linda linda@mhsoftware.com.my  - [Link]
Terima kasih la kak Liza. Ni hampir setiap hari tengok resipi kak liza. Selalu gak saya cuba. menjadi & sedap. husband suka. Tue 19-Feb-2008 20:40
Posted by:Nurul nurulatq@yahoo.com
Assalamualaikum Kak Hanie...suka sangat dapat resepi dari akak ni.Saya tak pandai masak!!! Tapi akan terus belajar memasak dengan resepi akak Sun 2-Mar-2008 17:25
Posted by:sueka fiza9901@yahoo.com
cayok2 fiza jom kita sama2 blaja masak Fri 14-Mar-2008 08:34
Posted by:ummiqistina bt kamarul zaman umiqistina@yahoo.com.sg
akum kak. Ada tak resepi kerabu perut lembu.Saya teringin nak belajar cara nak buat. Mon 9-Jun-2008 08:07
Posted by:iza hazi_iza@yahoo.com.my
Pelbagai Fesyen Baju Terkini dan Murah di ---> http://nurracollections.blogspot.com & http://www.nurracollection.tk Wed 18-Mar-2009 11:06
Posted by:nurra
hai kak liza byk gak resipi kak lisa dah sya cuba,pasti nya best. Thu 14-May-2009 03:52
Posted by:siti farhana teena_farrah@yahoo.com
macamana nak buat jemput untuk rojak tu....? Sun 6-Sep-2009 07:51
Posted by:fatmawaty fatma70@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.