Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Oct-2006 22:38 Email | Share | Bookmark
Ayam Masak Kicap JUS Bandung Cincau



Quote:
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :

Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.

Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.

Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.

Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.

Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.

Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.

Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.

Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.

Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.




AYAM MASAK KICAP

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam [potong kecil]
2 biji kentang [potong baji dan gorengkan sehingga masak]
2 biji tomato [potong 4]
1 pokok daun bawang [potong kecil]
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
1/2 cawn air
1 s/b kunyit
5 s/b minyak

bahan mayang
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan air, kicap dan tomato. Biarkan sehingga mendideh.
5. Bila mendideh masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
6. Gaulkan dan angkat.





[b]AIR BANDUNG CINCAU

Bahan[/b]
1 tin susu pekat
2 liter air sejuk
pewarna merah
1 cawan cincau [cincang halus]
aie kiub

Cara
1. Bancuhkan susu dan air juga [ewarna.
2. Masukkan dalam jug besar dan masukkan cincau. Kacau rata.
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan
.

Quote:

MamaFaMi ~~ aduh ..kesiannnn....nanti berbuka siapkan air bandung yer....
MUZA ~~ w'salam...mmg ye..bila berbuka..mmg nampak air jer...
rossya ~~ mmg pun..semua tu kkliz abuat atas dasr peberet depa le..kalau kkliza nak pedas..buat sambal goreng atau sambal belacan..
Nina ~~ alahai..kakliza tuliskan resepi yg sempoi jer..bukan grand bebenor ni haaa..tk layak lagi dipanggil pandai...
kuchai ~~ kaklzia pun sukaaaaaa toyu....smmg tak salah la kalau anak2 pun hantu toyu...
shaliza81 noza81@yahoo.com ~~ kakliza lama dah tak jumpa biji selasih ku sayang ni...
mummy jam ~~ mmg samalah mummy..kat sini selang sehari dah kena buat air bandung tu..cuma kalau ada cincau atau cendul kuranglah sikit air tu kena tuang..depa suka just plain gitu..kak liza pulak suka campur2...
nabialishad ~~ kakliza letak kentang tu sebab nak balancekan pemakanan anak2 tu.lagipun semua suka kalau ada kentang goreng dalam masak kicap..air bandung tu mmg cukup untuk hidangan kami sekeluarga..1 tin tu just ok laaa..
Linda ~~ ayam tu masakkan utnuk sekenit tu berpuasa..so kenalah ikut demand depa kannn...mmg adatlah masa lapar..semua nampak sedap jer...hehehheheh...
Mama Haris ~~ sama-sama...kakliza amatlah berbesar hati sangat dengan panggilan IBU LIZA.. dah mmg kakliza ni ada anak berumur 24 thn... ..apa pun jgn x konfident..masaklah dengan hati yg gembira..ikhlas semoga segalanya diberkati.InsyaAllah...




Aduhai...tak sanggup tengok air bandung cincau tu...tersiksa jiwa raga ku di kala cuaca tengah panas begini...dahlah terkantoi hari ni tak sedar bangun sahur! Sun 8-Oct-2006 14:29
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak sekarang ni cuaca panas sangat,dapatmacam ni air batu bandung cincau,makan pun tak lalu,byk minum air.tq.assalamualaikum. Sun 8-Oct-2006 21:40
Posted by:MUZA
ayam masak kicap mesti jadi kegemaran anak2... dan air bandung tu .. waduhhh.. siap ader cincau..lagi.. Sun 8-Oct-2006 22:37
Posted by:rossya  - [Link]
Adus kak liza......makanan2 k liza buat meleleh ayaq liuq chek.....ngape le k liza pandai betul masak.....kalau dok dekat, mau jer ku menuntut ilmu.....semuanya sodap2.......boh lagi bnyk2 k liza...nanti boleh buat gak..... Mon 9-Oct-2006 00:53
Posted by:Nina  - [Link]
kita emang antu toyu. yaahh k liza dah letak lagu raya la plaakk wewaahhh Mon 9-Oct-2006 02:42
Posted by:kuchai  - [Link]
alamak, sama lah kita...liza pun suka bandung cincau..tambah plak biji selasih...lagik best... Mon 9-Oct-2006 03:09
Posted by:shaliza81 noza81@yahoo.com
bandung memang favorite anak2, tiap hari mesti ada bandung kalau tak ada yang merajuk tu.... Mon 9-Oct-2006 03:36
Posted by:mummy jam  - [Link]
mknn yg palings senang disiapkan..ayam masak kicap..anak4 cukup suka especially ada letak skali kentang slice2..
pssttt kak..awat laa nampak sedap bangat air bandung akak tu wehhh...1 tin susu pekat ye..adoiii banyak gak tu ye..
Mon 9-Oct-2006 03:56
Posted by:nabialishad  - [Link]
sedapnyeee ayam dgn air tu..ui bulan puasa ni asik buka fp org yg tere masak² aje..abis sume kepingin Mon 9-Oct-2006 04:16
Posted by:Linda  - [Link]
Thank you "Ibu Liza".. Tau masak.. tp xkonfiden jek... tq.. tq... Leh ke panggil Ibu? Mon 9-Oct-2006 05:49
Posted by:Mama Haris  - [Link]
SUKA KEK TAK??

NAK TEMPAH??
TAPI TAK TAU BAGAIMANA??
KEK NI DARI TERENGGANU TAU..

SENANG JER...JUST CLICK LINK BAWAH NI YER..

http://cybercake.fotopages.com

Wed 29-Aug-2007 03:55
Posted by:CyBeRcAkE miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
kak, its a simplest receipe n yet the taste ia good too.....
today i lmbt masak since sibuk mengemas bilik anak. start masak jam 11.45am by 12.15 dah siap n ready to eat. sempat la my son mkn b4 ke school!!!!.....
Tue 15-Jan-2008 05:57
Posted by:iekan78
salam semua...
sudilah ke http://zaisufi.fotopages.com untuk melihat koleksi BLAUS WANITA dan pelbagai aksesori yang menarik yer...tq
Fri 22-Feb-2008 04:59
Posted by:Siti zaisufi@gmail.com
sedapnye air bandung tu...teringat masa bukak pose ng mak n ayah kat kampung.
dah laa lagu sedeh cam ni plak....waaaaaaaaaa nak balik malaysiaaaaaa....
Tue 20-Jan-2009 22:54
Posted by:ashh1984 ashh1984@yahoo.com
Pelbagai Fesyen Baju Terkini dan Murah di ---> http://nurracollections.blogspot.com & http://www.nurracollection.tk Wed 18-Mar-2009 10:13
Posted by:Nurra


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.