Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Oct-2006 21:55 Email | Share | Bookmark
Biskut Chocolate Crunch dan Biskut Coklat Chips

Quote:
Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:

[1]Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.

[2] Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis, dan jika tidak didapati dengan air.

[3] Membaca do'a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

[4] Makan sahur

[5] Menta'khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai masa yang disyak naik fajar.

[6] Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.

[7] Membanyakkan bersedekah dan ibadah seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir.

[8] I'tikaf. Terutamanya 10 malam yang akhir.





CHOCOLATE CRUNCH

Bahan

250 g coklat masakan
50 g cocoa-butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g cocoa crunch atau cornflake [ramas/hancurkan sikit]
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan coklat masakan secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan cocoa-butter. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manik warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.


NOTA:

Cocoa butter, also called theobroma oil, is the edible natural fat of the cacao bean, extracted during the process of making chocolate and cocoa powder. Cocoa butter has only a mild chocolate flavor and aroma. It is the only cacao component used in the confection called white chocolate.

Cocoa butter is one of the ingredients used to make real chocolate. It has a melting point of around 34 to 38 degrees Celsius (93 to 100 degrees Fahrenheit), rendering chocolate a solid at room temperature that readily melts once inside the mouth.








BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan A

150 butter
100 gm majerin
100 gm gula perang
1 biji telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B
100 gm tepung naiksendiri
50 gmtepung gandum
50 gm tepung kastad
50 gm tepung jagung

Bahan C
30 gm serbuk koko
50 gm cornflakes [ramas]
50 gm nestum
50 gm bubble rice
100 gm coklat chips

Bahan hiasan
mangkuk kertas kecil
coklat chips 2 warna

Cara
1. Pukul mentega, majerin dan gula sehigga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla pula.
3. Ayakkan semua bahan B.
4. Gaulkan semua bahan C dan masukkan dalam bahan B.
5. Masukkan semua dalam adunan butter yg dipukul tadi.
6. sudukan dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan coklat chips 2 warna.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 - 25 minit.
8. Bila dah sejuk simpan dalam balang kedap udara.


inilah coklat chips 2 warna..


Quote:

mommy_d&d ~~ ok..kkliza dah tuliskan mengenai cocoa-butter..sellalunya ada jual kat kedai jualan bahan kek/biskut tu..
MUZA ~~ w'salam..InsyaAllah akan kkliz acuba buat nanti..TQ n it's a gud idea as well...
syima ~~ kalau tak der boleh digantikan dengan butter..tapi hasilnya maybe tak secantik cocoa-butter..dan tepung niks endiri tu adlah tepung self-raising flour brand BLUE KEY tu..atau kalau takder boleh gunakan tepung gandum + 1 s/k baking powder diayakkan 3 kali..
aureanayz ~~ kakliza dah buat untuk tempahan dari kawan anak dara kak liza jer..untuk sendiri belum bikin lagi... mmglah kalau kampung sendiri..makanan best2..
MamaFaMi ~~ alahai..siannya dia.. tak per..nanti ablik mesia kita beli banyak2 yer..kueh raya ni selongkar dari archive la..belum mula algi ni..kalau dah mula..entahkan tak dpat buka pc sebab so bizi maaaa...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net