Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Oct-2006 21:51 Email | Share | Bookmark
Sup Makaroni..Trifles..



Quote:
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :

[1] Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

[2] Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.

[3] Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).

[4] Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.

[5] Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.

[6] Kedatangan haid atau nifas.

[7] Gila sekalipun hanya sekejap masa.

[8] Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

[9] Bersalin.

[10] Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.






SUP MAKARONI

Bahan

200 gm macaroni [rebus sehingga lembut dan toskan]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji kentang [potong dadu]
1 batang carrot [potong kecil]
sedikit kobis [potong kecil]
1 pokok daun sup [racikkan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
1 s/b lada hitam [tumbukkan]
bawang goreng
air secukupnnya
minyak
garam

Bahan tumis
2 ulas bawang putih [hiris]
3 ulass bawang merah [hiris]
2 cm halia [hiris]
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

hirisan ciliapi + jus limau

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan ladahitam. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan air, garam kentang dan carrot. Biarkan mendideh.
4. Bila sudah masak hidangkan dengan macaroni dan daun sup, daun abwang dan juga bawang goreng.
5. Jika nak pedas tambahkan cili hiris dan perahan limau.





TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.



Quote:
AN ~~ mmg kakliza makan ngan perahan limau + hirisan ciliapi tapi semalam lupa nak amik gambar so masa tulis tu terlupa pula...anyway kakliza dah edit..
rozeela ~~ sekali sekala arajin lebih..macam2 report lah ada... TQ sebab sudi jadikan fp ini sebagai rujukan..semoga beroleh keberkatan diatasnya...
korok ~~ mmg sedap..nak pulak makan ramai2..lama tak nampak kat sini.. rajin2 lah datang..boleh jamu mata...
ibu nadia ~~ sama-sama ibu nadia..rajin2 lah menjenguk lagi yer...
hasmaliza murnihanani@yahoo.com ~~ TQ sbb selalu menjenguk fp kakliza.. nama pun samalaaa...aceli keju tu kan biasanya kita pernah makan jugak kalau buat cream sapu kat kek carrot tu.. so samalah method ni.. tapi chilled cheesecake ni dah digaulkan dengan adunan agar-agar yg dimasak.. so nak sakit perut tu rasanya kurang kemungkinannya..kecuali sakit perut sebab makan banyak.. hahahhaa...jgn marah..gurau2 sayang ni..
mama imi ~~ kakliza gunakan swiss roll vanilla..kalau coklat atau pandan pun ok jugak..atau apa jer laaa..
Fiza ~~ INsyaAllah kakliza akan tuliskan secepat mungkin..
fliffy ~~ sama-sama dek.. buat masa ni biarlah kakliza jadi tukang masak kat umah dan cuma memberikan panduan masakan sikit dalam alam siber jer.. belm sampai taraf nak masuk tv lagi...dan selamat berpuasa...
Mr..Junaidy monsoonpictures@yahoo.com ~~ kak liza duduk/tinggal kat Kertih..bukan Kemasik..tapi tempat tu ngan umah kakliza sekadar 10 minit driving..Biasa datang sini ker?
syikin widaad98@yahoo.com ~~ kakliza x der resepi sendiri kulit popiah tapi ada resepi org lain..nanti kakliza cuba tuliskan.....maaf la..setakat ni mmg kakliza gunakan ovallate sebagai bahan penaik kueh apam mekar ni.. so kakliza x tahu lah apa bahan lain dari itu...
kuzi ~~ Terimakasih..kakliza ingin sampaikan pesanan ugama walaupun sepatah perkataan..semoga menjadi panduan untuk kita semua...InsyaAllah..
MUZA ~~ w'salam..kakliza belum buat lagi kueh raya..tapi dah beli bahan2nya..
shada shada_23@yahoo.com ~~ w'salam...seronok kakliza baca al-kisah mengenai percubaan masakan yg dibuat...Alhamdulillah..dan semoga shada rajin berkunjung lagi ke sini...sup makaroni ni adlah makanan mingguan untuk anak2 kakliza masa kecil..sebab asben kkliza x kasi anak2 makan pedas2..
shaliza81 noza81@yahoo.com ~~ boleh cuba laaa nanti..
Widuri ratnapura_406@yahoo.com ~~
sha shahmz79@yahoo.com ~~ kakliza letakkan buah2 tu atas kastad sebelum dia beku..








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net