“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah: 185)
Al-Quran diturunkan oleh Allah bukan sekadar untuk dibaca atau dilagukan semata-mata, tetapi apa yang lebih utama menjadikannya sebagai panduan dan pedoman sepanjang hayat. Itu sebabnya al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam.
MUFFIN BERLAUK
Bahan Inti 1 cawan isi ayam [cincang]
2 biji kentang [potong dadu]
5 ulas bawang merah[cincang]
2 s/b rempah kari daging [bancuh dgn 2 s/b air]
2 s/b minyak
daun sup
garam
Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang, ayam dan garam.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga kentang lembut.
5. Biarkan sehingga agak pekat.
6. Tutup api dan sejukkan.
Cara 1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan balloon whisk sehingga gebu.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg telah dilapikkan kertas [separuh sahaja]
4. Masukkan inti dan kukus selama 20 minit
5. Hidangkan.
PUDING FLAN GULA HANGUS
Bahan A 80 gm Flan Pudding Vanilla powder
250 ml susu segar
250 ml air
2 s/b gula [cairkan sampai kekuningan dan masukkan dalam acuan/loyang]
buah fruit koktel [sebagai hiasan]
Cara 1. Campurkan semua bahan A dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Tuangkan adunan dalam loyang/acuan yg ada gula hangus.
4. Sejukkan baru di masukkan dalam petisejuk.
5. Hidang sejuk [chilled] bersama buah fruit koktel dalam tin
Quote:
[small=10]
~F&Z~ ~~ hehehhe..lain dari yg lain... S@BRiN@ ~~ TQ..bolehla cuba buat pulak..
b]marlik mariea.malik@gmail.com [/b]~~ 1 adunan maybe dapat dalam 16 -18 unit saja..
syikin widaad98@yahoo.com ~~ salam..ovallatte adalah sponge cake emulsifier atau cake stabilizier. Bahan ini rasanya tak sama dgn shortening..dan kkliza x tahu nak gantikan dengan bahan lain..
MUZA ~~ w'salam..kkliza mmg suka buat dessert/puding..buat sikit2 jer..kalau banyak pass kat jiran siap2 sebelum tak habis...
Ida ida@medix.com.my ~~ kakliza x pernah buat bakar..so tak tahulah bagaimana hasilnya..tapi pernah kakliza come across muffin crab stik tu.. so maybe boleh tapi adunannya kakliza rasa lain dari ini..
ibu nadia ~~ hahhahhaa..kebetulan muffin berlak ni wujud dalam umah kakliza...
MamaFaMi ~~ Mama ni rajin sangatlah..kan kata nak rehat..dan doktor pun cakap suh banyak rehat dari kerja...nanti naik balik BP tu...
shaliza81 noza81@yahoo.com ~~ ok..kkliza tunggu report muffin tu..
nic ~~ puding tu kira senang jer..cepat jer buat..
fliffy ~~ bagus azam tu sebab azam nak rajinkan diri..flam tu kakliza beli kat kedai jual bahan kek ..dipanggil Flan Pudding Vanilla mix..macam gula halus jer bahannya..ada kkliza amik gambarnya tapi x jumpa pulak simpan kat folder mana..kalau jumpa nanti kakliza pastekan sini..
Kak Leen aslinda217@yahoo.com ~~ mufin ni kira makanan seimbang jugak la...yela..sabarlah..jgn semua nak buat..buat pelan2..jgn gopoh...[/size]
kak liza..yummy for buka puasa menu. normally satu adunan tu boleh dapat berapa biji muffin? at least sekarang..ada gak kegunaan ovallette yg saya beli minggu lepas
akak ni rajin lah buat desert,dah pertengahan pusa ni tak larat nak mkn nasi ,tak lalu,kalau desert ni pun sedap juga tak terlalu berat,nak sembahyang pun rasa ringan saja,anywhere tq ,assalamualaikum.
Aduhai kak, naperlah ternampak muffin berlauk tu...sedapnya! Terus je kita ke dapur keluarkan minced meat...buat tak buat, tak tahulah lagi...hehehe...
tertarik sungguh ngan muffin berlauk tu....muffin sudah berinovasi sekarang... serius nampak sedap sgt puding tu...
Wed 11-Oct-2006 08:39 Posted by:nic
fliffy azam sblm abis ramadhan ni nak buat puding... fliffy x penah buat... tau makan jer... haha, kak liza flan tuh nak cari mcm mana... cap ape guna... nak beli kat smarket camne... hehehe slmtberbuka kak.... maapla menyusahkan