;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Oct-2006 20:29 Email | Share | Bookmark
Ayam Percik Lada Hitam.... Tauhu Sos Tiram.. Kerabu Daun Selom



Quote:
PENGHAPUS DOSA-DOSA
Ramadhan adalah bulan untuk menghapus dosa. Hal ini berdasar hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لَمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ

“Shalat lima waktu, dari Jum’at (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap ridha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah z)





AYAM PERCIK LADA HITAM

Bahan

1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.





TAUHU SOS TIRAM

Bahan

3 keping tahu lembut [potong 2]
3 s/b sos tiram
2 s/k tepung jagung + 1 cawan air [bancuh]
1 s/k lada sulah
5 tangkai kacang sepat
1 biji tomato
brokoli
carrot
minyak
garam
3 ulas bawang merah [hiris]
1 ulas bawang putih [cincang]

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air, sos tiram sayuran dan tauhu. Tutupkan kuali.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau perlahan.
4. Biarkan mendideh dan nampak pekat.
5. Hidangkan.





KERABU DAUN SELOM

Bahan
1 ikat daun selom [bersihkan dan hiris halus]
1 labu bawang besar [hiriskan]
1/2 cawan kelapa
3 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b minyak

Bahan Mesin
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
2 cm belacan [jika suka]
50 gram udang kering atau ikan bilis
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan kelapadan jus limau. Kacau rata. Tutup api.
3. Masukkan daun selum dan bawang. Kacau rata.
4. Rasakan garam dan hidangkan.


Quote:

MUZA ~~ w'salam...masakan kerabu ni mmg sedap makan..so bulan posa ni selalunya nak laju makan..buat kerabu...
mien ~~ agaknya masa kakliza buat link tu ada silap kakliza kot..nanti akkliza beuikan...n TQ sebab bagitahu hal ini..
hasmaliza murnihanani@yahoo.com ~~ InsyaAllah 1 ari nanti boleh jadi lebih dari kakliza...kemas ni terpaksa jjugak buat sebab kakliza x der helper...anak dara pun dok kolej..eh..nama pun sama laaa...
noriana ayriena_81@yahoo.com ~~ kerabu ni macam2 gaya orang buat..terpulang pada selera dan sedap nak rasa...
zakiah zainudin zakiahzainudin@yahoo.com ~~ kelainan ayam percik ni kakliza nampak ialah warna kuning..selalunya warna pink or kalau kat kelantan warna putih jer...
zana zanaz70@yahoo.com ~~ seronoknya dengar anak2 zana syuk makan ayam goreng mamak tu..lama jugak kakliza x buat ni..terliur la pulak...
nabialishad ~~ ikan talapia masak lemak tu sama jer macam ikan keli masak lemak cili api tu..nak pedas..buh ciliapi lebih..baru betui pedassss..
adekmanja ~~ jgn dekkk..sakit nanti....
Ummi Haikal ~ Suzi ~~ kakliza suka m masakan kerabu..masam2 gitu...yg ni mmg gunakan daun selum saja..
MamaFaMi ~~ jgn hantuk kepala...sakit tuuu...
AN ~~ kakliza rajin sebab minta tenguk makanan yg dimasak akan habis dimakan..lagi pun kak liza mmg minat masak...
mama Aiman ~~ salam perkenalan dari kakliza juga...lama-lama nanti akan pandai jugak laaaa...InsyaAllah..
nana ~~ nanti kakliza tuliskan.InsyaAllah...mmg kkliza pun nak buat esok...
nic ~~ agaknya nic buh terlebih cili kot..try lagi nanti..
Aliz ~~ aahai..dah abis laaaa..tinggal kuah jer.. ..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net